FacebookInstagramTwitterContact

 

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies           >>           Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Breaking News


  Home > Breaking News


Bergemerlapan Majlis Persantapan Diraja Raikan Mempelai Diraja


Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Masri Osman, Hamzah Mohidin, Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman, Muhammad Khalid Doughty

 


 January 18th, 2024  |  08:11 AM  |   2852 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Balai Persantapan, Istana Nurul Iman menjadi saksi kemeriahan dan keraian Majlis Persantapan Diraja sempena Istiadat Perkahwinan Diraja di antara Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah binti Adam.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bersama-sama Pengantin Diraja Lelaki dan Pengantin Diraja Perempuan jelas mencerminkan keakraban keluarga diraja, di mana akan menjadi salah satu ristaan manis dan sebahagian daripada kenangan bermakna bagi yang hadir khasnya juga kepada seluruh rakyat jelata amnya.

 

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

 

Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta ahli kerabat diraja yang lain.

 

Juga berangkat dan hadir tetamu-tetamu khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj; His Majesty King Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, King of The Kingdom of Bhutan dan Her Majesty Queen Jetsun Pema Wangchuck, Queen of The Kingdom of Bhutan; His Royal Highness Prince Turki bin Mohammed, Kingdom of Saudi Arabia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Al-Marhum Tengku Ariff.

 

Juga berangkat dan hadir, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu; Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin; Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim; Perdana Menteri Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong dan Datin Paduka Seri Laila Jasa Madam Ho Ching dan isteri Presiden Republik Filipina, Madam Louise Araneta-Marcos serta tetamu-tetamu khas baginda yang lain.

 

Turut hadir, bonda Pengantin Diraja Lelaki, Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz dan ibu bapa Pengantin Diraja Perempuan, Yang Mulia Awang Adam dan Yang Mulia Dayang Siti Mariam.

 

Kehadiran tetamu khas baginda memberikan suasana yang lebih bermakna sebagai tinta emas dalam lipatan sejarah negara ini, dalam mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin di antara kedua-dua belah pihak.

 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Persembahan Muzik Kebudayaan yang dimainkan sekali gus menyerikan lagi suasana pada Majlis Persantapan Diraja, justeru, menjadi halwa telinga buat tetamu-tetamu yang hadir, yang diwarnai dengan kerdipan lampu yang berwarna-warni, ditambah lagi dengan hiasan bunga-bunga segar yang harum mewangi menambah seri lagi majlis berkenaan.

 

Sebelum meninggalkan majlis, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama Pengantin Diraja berkenan beramah mesra bersama tetamu khas baginda.

 

Terpancar kegembiraan dan keceriaan Mempelai Diraja,melambai sambil tersenyum mesra kepada tetamu yang hadir, sama cantik sama padan berjalan seiringan dihiasi busana yang cantik lagi menawan, menambah seri mempelai diraja yang kekal menjadi ristaan kepada para tetamu juga hadirin sekalian.

 

Turut hadir memeriahkan Majlis Persantapan Diraja berkenaan, Yang Amat Mulia Pengiran-pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, Timbalan-timbalan Menteri, Pengiran-pengiran Peranakan, Pehin-pehin Manteri, Manteri-manteri Hulubalang dan Manteri-manteri Pedalaman, Ketua-ketua Perwakilan Negara Asing di Negara Brunei Darussalam, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan kerajaan juga wakil-wakil daripada syarikat-syarikat milik kerajaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Myanmar Stops Men From Working Abroad As War Intensifies

 2024-05-04 00:38:42

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06