FacebookInstagramTwitterContact

 

Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>           RB Corporate Hari Raya Celebration           >>           Hari Raya Celebration           >>           Retirement Certificate Presentation Ceremony           >>           Survival Gardening: The Best Crops To Grow For Self-Sufficiency           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Penjualan Ubat Tidak Berdaftar Diambil Tindakan


Kementerian Kesihatan

 


 January 30th, 2024  |  08:24 AM  |   220 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Perkhidmatan Farmasi telah berjaya mengambil tindakan terhadap seorang individu yang terlibat dalam penjualan ubat termasuk pil pengguguran yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Ubat, Negara Brunei Darussalam.

 

Sebuah operasi bersepadu telah dijalankan bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja pada bulan lalu selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai penjualan produk ubat di platform media sosial termasuk TikTok.

 

Suspek telah dipintas ketika sedang menjalankan penjualan kepada pelanggannya di sebuah pusat membeli-belah.

 

Pegawai penguatkuasa kemudian meneruskan pemeriksaan ke atas rumah suspek dan hasil operasi tersebut telah berjaya merampas sebanyak lapan jenis produk ubat.

 

Operasi juga mendapati suspek tersebut tidak mempunyai lesen untuk mengimport ubat-ubatan di bawah Perintah Ubat, 2007 dan denda kompaun sebanyak BND2,000 telah dikeluarkan kepada pesalah tersebut.

 

Pengambilan pil pengguguran tanpa pengawasan dan pemantauan pengamal perubatan bertauliah boleh memberi implikasi kepada kesihatan seperti rahim terkoyak (uterine rupture), pendarahan tidak normal dan jangkitan kuman serta boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.

 

Penjualan produk ubat-ubatan yang tidak berdaftar dan tanpa lesen atau kebenaran dari Kementerian Kesihatan adalah melanggar Bab 10, Perintah Ubat, 2007.

 

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dari BND5,000 atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.

 

Kementerian Kesihatan ingin menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada apabila membeli produk kesihatan dengan iklan dan promosi yang berlebihan di laman media sosial yang tidak diketahui kesahihannya.

 

Orang ramai juga hendaklah memastikan bahawa produk-produk tersebut adalah mempunyai kebenaran dan kelulusan dari pihak-pihak yang berwajib di negara ini.

 

Dalam usaha Kementerian Kesihatan melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam melalui pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan, orang ramai adalah digalakkan untuk membuat aduan dan memberikan maklumat mengenai penjualan produk-produk yang di bawah Kawalan Jabatan Perkhidmatan Farmasi yang disyaki melanggar Perintah Ubat, 2007 dan peraturan-peraturan yang berkenaan kepada Bahagian Komplians dan Perlesenan, Jabatan Perkhidmatan Farmasi melalui telefon +673 2393301 sambungan 208; atau menghantar e-mel kepada '[email protected]'; atau berjumpa terus Pegawai Farmasi di Tingkat 1, Bangunan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kampung Madaras, Mukim Gadong 'A'; atau hubungi Talian Darussalam 123 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk seperti ini di pasaran.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Kesihatan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06