FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


IBTE, BSP Kukuhkan Kerjasama Kepentingan Pembelajaran


Hernie Suliana Haji Othman

 


 February 14th, 2024  |  07:57 AM  |   10759 views

KUALA BELAIT

 

Dalam usaha untuk mengiktiraf kepentingan pembelajaran awal mengenai Keselamatan, Institut Pendidikan Teknik Brunei (IBTE) dan Syarikat Minyak Brunei Shell Petroleum (BSP) Sendirian Berhad petang tadi melancarkan Program Pembangunan Kepimpinan Keunggulan Inovasi Keselamatan Kesihatan IBTE (IBTE S.H.I.E.L.D - IBTE Safety Health Innovation Excellence Leadership Development) yang berlangsung di Kampus IBTE Jefri Bolkiah, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian Program Anugerah Keselamatan IBTE adalah Pengarah Urusan BSP, Agnete Johnsgaard-Lewis.

 

Dalam ucapan perasmian beliau, Agnete Johnsgaard-Lewis menjelaskan bahawa BSP dengan tegas meletakkan keselamatan sebagai prioriti utama.

 

"Ia jelas terlihat daripada cara kami menjalankan operasi kerja di BSP, dan hari ini, kami sangat berbesar hati kerana dapat menyampaikan dan berkongsi budaya keselamatan kami kepada pemimpin masa depan Negara Brunei Darussalam dan duta keselamatan.

 

"IBTE dan BSP mempunyai kerjasama yang berkekalan, terutamanya dalam memupuk bakat-bakat teknikal dalam industri minyak dan gas. Saya berharap bahawa melalui kolaborasi ini, kita akan dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak, terutamanya dalam menghasilkan tenaga kerja teknikal yang bersedia untuk masa depan (future-ready) dan berjiwa keselamatan (safety-conscious)," tambahnya lagi.

 

Program IBTE S.H.I.E.L.D direka untuk memberi tumpuan kepada membentuk sikap minda dalam kalangan pelajar mengenai kepentingan Kesihatan, Keselamatan dan Persekitaran (KKP), terutamanya dalam industri yang mencabar seperti Minyak dan Gas.

 

Komponen utama program ini ialah latihan yang dijalankan oleh jurulatih BSP di mana para pelajar mendapat manfaat daripada pembelajaran industri bersama dan aplikasi amalan terbaik.

 

Acara juga diselajurkan dengan pelancaran pusat pembelajaran baharu untuk pelajar yang menyediakan platform pembelajaran tambahan bagi mereka untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai KKP yang dirasmikan oleh tetamu kehormat.

 

Seramai 14 pelajar dari pelbagai program HNTec menyertai program ini di mana mereka menjalani latihan oleh jurulatih BSP dan IBTE untuk menyediakan projek berkaitan dengan KKP.

 

Pelajar-pelajar ini juga dilatih untuk menjadi duta keselamatan bagi kohort pelajar seterusnya yang akan menjalankan projek yang sama di bawah inisiatif berkenaan.

 

Program tersebut juga akan dijadikan aktiviti tahunan yang dijalankan untuk semua pelajar bagi melengkapkan modul KKP sekolah mereka yang sedia ada selaras dengan matlamat IBTE untuk menyebarkan dan memupuk KKP.

 

Juga hadir, Pengarah Pendidikan Teknik / Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr. Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli serta pegawai-pegawai kanan daripada IBTE dan BSP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pg. Syiaruddin Pg. Dauddin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06