FacebookInstagramTwitterContact

 

Inlet Pipe Repair Work           >>           East Assets Turnaround Activities by BSP           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Operasi Kabat'           >>           Handover of Donation           >>           Handover of Donation           >>           MoU Signing Ceremony           >>           'Panakod Adau' Gayoh Celebration           >>           Reading of Surah Yasin and Tahlil           >>           Radio Service is the Best Medium to Disseminate Information           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



School


  Home > School


Ceramah Kerjaya Teroka Sektor Hospitaliti, Pelancongan


Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 


 February 15th, 2024  |  07:25 AM  |   10383 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Dalam memberikan pendedahan dan peluang bagi mereka yang berminat untuk membina kerjaya dalam industri hospitaliti dan pelancongan, makanan dan nutrisi serta bidang geografi, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan mengadakan Ceramah Kerjaya yang berlangsung di Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, hari ini, berikutan kejayaan penganjuran taklimat tersebut di Sekolah Menengah Sultan Hassan pada 6 Februari yang lalu.

 

Seramai 100 pelajar dari sekolah berkenaan menyertai ceramah tersebut di mana ia mendidik dan memberikan inspirasi kepada belia yang akan menjadi profesional pelancongan dan hospitaliti pada masa hadapan malah sekolah berkenaan merupakan sekolah yang ketujuh semenjak Jabatan Kemajuan Pelancongan melaksanakan inisiatif tersebut.

 

Sejak awal tahun, jabatan ini telah berdedikasi untuk meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan pelajar dari pelbagai sekolah menengah. Satu siri Ceramah Kerjaya telah dimulakan bukan sahaja untuk melengkapkan mereka dengan pemahaman menyeluruh tentang industri Sektor Hospitaliti dan Pelancongan tetapi juga untuk menawarkan bimbingan berharga kepada pelajar yang bercita-cita untuk meneruskan kerjaya selepas menamatkan persekolahan.

 

Juga hadir pada Ceramah Kerjaya tersebut, beberapa orang pakar dari Aman Hills Hotel dan Travelhub Tours and Travel Sdn. Bhd. di mana mereka telah menawarkan akan pandangan dan pengalaman khususnya yang melibatkan Sektor Hospitaliti dan Pelancongan termasuk Travel and Tourism, Tour Guiding dan Culinary Arts.

 

Selepas sesi taklimat, Pusat Pembangunan Belia (PPB) turut menganjurkan Pameran Mini Kerjaya yang mempamerkan dan memberikan maklumat mengenai kursus-kursus yang ada dalam pelancongan, hospitaliti dan seni kulinari.

 

Jabatan Kemajuan Pelancongan akan mengadakan lebih banyak ceramah kerjaya dengan institusi dan sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam bagi menyediakan kefahaman yang mendalam kepada para pelajar mengenai peluang-peluang yang terdapat bagi mereka di mana sesi seterusnya akan diadakan di Pusat Tingkatan Enam Tutong pada 5 Mac nanti.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Pro-China Candidate Wins Solomon Islands PM Vote

 2024-05-03 00:53:25

Weight Loss Drug Wins 25,000 New US Users A Week

 2024-05-03 02:18:06