FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pengeluaran Setem Tetap Bersama Sampul Surat Rasmi Hari Pertama


Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid

 


 February 24th, 2024  |  07:48 AM  |   109 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Jabatan Perkhidmatan Pos, Negara Brunei Darussalam mengeluarkan Produk Filateli iaitu Setem Tetap bersama Sampul Surat Rasmi Hari Pertama bagi memperingati hari bersejarah genap 40 Tahun Negara Brunei Darussalam menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan.

 

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengeluarkan Setem Tetap Baharu 2024 bagi memperbaharui keluaran Setem-setem Tetap yang sedia ada pada masa sekarang dan masih lagi digunakan sejak tahun 2007.

 

Ini juga akan disusuli dengan pengeluaran Setem Khas sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Brunei Darussalam Ke-40, Tahun 2024 yang akan diumumkan kemudian.

 

Pada keluaran Setem Tetap kali ini, Jabatan Perkhidmatan Pos akan mengeluarkan sebanyak sembilan nilai setem bersama sembilan warna. Nilai denominasi setem tersebut adalah 10 sen, 20 sen, 50 sen, BND1, BND2, BND5, BND10, BND50 dan BND100.

 

Nilai denominasi setem BND50 dan BND100 merupakan nilai setem yang tertinggi setakat ini dan yang pertama kali dikeluarkan dalam sejarah pengeluaran Setem Tetap Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

 

Setem-setem Tetap tersebut memaparkan Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Jubli Emas baginda menaiki takhta pada 5 Oktober 2017.

 

Jabatan Perkhidmatan Pos juga mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan sembilan keping setem. Produk-produk setem yang akan dijual adalah seperti berikut iaitu Pertama, Lembaran Setem Set Penuh yang bernombor dan bersiri serta tidak dipotong (uncut) mempunyai 45 (lima set penuh X 9 keping setem berharga) BND844; Kedua, Setem Set Penuh mempunyai sembilan keping setem berharga BND168.80.

 

Manakala Ketiga Sampul Surat Rasmi Hari Pertama bersetem : a. Set A (BND4.25) : Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen dan setem BND2, BND1, 50 sen, 20 sen dan 10 sen; b. Set B (BND15.45) : Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen, dan setem BND5, BND10; c. Set C (BND19.25): Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen, dan setem BND10, BND5, BND2, BND1, 50 sen, 20 sen dan 10 sen; d. Set D (BND169.25): Sampul Surat Rasmi Hari Pertama 45 sen, dan setem BND100, BND50, BND10, BND5, BND2, BND1, 50 sen, 20 sen dan 10 sen.

 

Penggemar-penggemar koleksi setem dan orang ramai kini boleh mendapatkan produk-produk setem dengan mengunjungi cawangan-cawangan pejabat pos yang berdekatan dari pukul 8.30 hingga 11.30 pagi. Untuk makluman orang ramai, penjualan setem berkenaan tidak ada dibuat di Cawangan Pejabat Pos Lumapas.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pemasaran, Filatelik dan Perhubungan Awam menerusi talian +673 7291679 atau +673 2222191, atau melalui e-mel di '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48