FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Perkongsian Dalam Menangani Bangunan Kosong, Terbiar


Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 5th, 2024  |  07:18 AM  |   1165 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Satu jawatankuasa untuk menangani bangunan-bangunan kerajaan yang kosong telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II dan Kementerian Pembangunan serta urus setia jawatankuasa ini terdiri daripada Jabatan Kerja Raya. Salah satu di antara terma rujukan jawatankuasa ini adalah untuk menangani bangunan-bangunan kerajaan yang kosong.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menjelaskan perkara tersebut pada hari kelima Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-20 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi yang berlangsung hari ini di Dewan Persidangan MMN, di sini.

 

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa daripada perkiraan terdapat sebanyak 5,639 bangunan kerajaan dan daripada 1,000 daripada bangunan-bangunan ini adalah kosong termasuklah berek-berek, rumah-rumah pangsa dan juga rumah-rumah banglo kerajaan ada yang sudah lama terbiar dan tidak dihuni lagi.

 

Daripada penilaian dan pertimbangan jawatankuasa sejauh ini, sebanyak 639 bangunan-bangunan kerajaan yang kosong ini telah dirobohkan dan pada masa ini, sebanyak 213 buah bangunan sedang diperiksa di dalam penelitian untuk dibuatkan keputusan sama ada ia masih lagi utuh untuk dibaik pulih ataupun sebaliknya adalah untuk diroboh.

 

Sebagai satu contoh ada juga terdapat beberapa bangunan seperti bangunan-bangunan kedai yang sudah lama terbiar antaranya ialah satu bangunan di Jalan Pemancha di belakang Grand Stand, Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien yang telah diroboh pada tahun lepas 2023 kerana bangunan itu sudah didapati lama dan usang dan tidak ada pertimbangan untuk memulihkan bangunan itu untuk diperbaiki.

 

Bangunan-bangunan itu, tanah-tanahnya jelas Yang Berhormat ialah daripada tanah-tanah 'leased' yang sudah mansuh dan tidak ada pembaharuan yang dibuat. Jadi keputusan telah dibuat untuk meroboh bangunan-bangunan tersebut.

 

“Dan selain daripada itu, di satu lokasi yang lain di kawasan Bandar Seri Begawan, ada satu bangunan yang sudah disasarkan untuk diroboh kerana dilihat bukan sahaja ia 'kitani' 'an eyesore', tempat itu dilihat membahayakan kerana telah berlaku kebakaran sebelum ini.

 

“Bahagian urus setia jawatankuasa ini telah merujuk perkara ini mencari siapa tuan punya rumah bangunan itu dan bangunan itu telah dihantar surat notis dan amaran supaya mengambil tindakan untuk meroboh bangunan itu," tambah Yang Berhormat Menteri Pembangunan. Namun, atas beberapa sebab perkara yang tidak dapat dielakkan dan menjadi satu kesulitan ialah tidak ada respons daripada pemilik bangunan itu untuk meroboh.

 

Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara bagi melihat dari segi undang-undang, kalau dapat dibolehkan dan pihak JKR sendiri akan mengambil tindakan untuk meroboh bangunan itu dan kos untuk merobohkan itu akan dihadapkan kepada pemilik bangunan tersebut.

 

“Itu adalah antara usaha yang dibuat melalui jawatankuasa untuk menangani bangunan-bangunan yang usang, roboh dan mencemarkan pandangan 'kitani' di kawasan bandar. Penjelasan ini bukanlah satu penyelesaian keseluruhan, cuma untuk mengongsikan secara umum usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui jawatankuasa," ujar Yang Berhormat Menteri Pembangunan menjelaskan mengenai persoalan yang diutarakan oleh oleh Ahli MMN, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman tentang bangunan-bangunan kerajaan yang kosong dan terbiar.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48