Home > Bahasa Melayu
Lima Lokasi Bagi Penglihatan Anak Bulan Ramadan
March 8th, 2024 | 06:48 AM | 756 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Sebanyak lima lokasi telah dipilih bagi penglihatan anak bulan Ramadan Tahun 1445 Hijrah seluruh negara pada petang Ahad, 29 Syaaban 1445 bersamaan 10 Mac 2024.
Menurut Siaran Akhbar Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Hakim-Hakim Syar'ie dan pegawai-pegawai Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama para pegawai dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan akan berada di tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk merukyah (melihat anak bulan Ramadan 1445H).
Tempat-tempat berkenaan ialah di Menara DST, Bangunan DST Headquarters, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Taman Rekreasi Tanjung Batu, Kampung Sabun, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Bangunan Hilal Bukit Ambog, Daerah Tutong; dan Bangunan Hilal Bukit Lumut, Daerah Belait.
Berikutan dengan itu, pengumuman satu Ramadan (awal puasa Ramadan bagi Tahun 1445H / 2024 Masihi) akan disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei (RTB) sebaik-baik sahaja rukyah pada petang berkenaan diperoleh melalui pemakluman yang dilakukan melalui siaran RTB.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah diminta memberikan kerjasama supaya tidak mendekati tempat-tempat berkenaan.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan Syariah, Jabatan Kehakiman Negara
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]