FacebookInstagramTwitterContact

 

How To Watch Blue Origin's NS-25 Private Space Tourist Mission Online May 19           >>           Yuck: Slack Has Been Scanning Your Messages To Train Its AI Models           >>           Adobe Threatens To Sue Nintendo Emulator Delta For Its Look-Alike Logo           >>           Iran Nobel Laureate Says She Faces New Trial           >>           Russia Could Increase Ukraine Attacks, Says Zelensky           >>           Morehouse: College Divided Over Biden's Upcoming Graduation Speech           >>           'Operasi Bersih'           >>           Wanted to Assist Investigation           >>           Missing Person           >>           Verification of Accuracy Readings and Annual Registration on Weighing Machine           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berkenan Berangkat Ke Upacara Perbarisan Tamat Latihan PKBN Ke-12


Mohamad Azmi Awang Damit, Muhammad Asri Haji Awang Abas

 


 March 11th, 2024  |  05:47 AM  |   84 views

TEMBURONG

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Upacara Perbarisan Tamat Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) Pengambilan Ke-12 di Kem Latihan PKBN, Batu Apoi, hari ini.

 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Padang Kawad, Kem Latihan PKBN dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan dan Setiausaha Tetap (Kebeliaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin.

 

Upacara dimulakan dengan Hormat Diraja dan disusuli dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan'. Seterusnya Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan memeriksa Perbarisan Tamat Latihan PKBN Pengambilan Ke-12 yang terdiri daripada seramai 469 pelatih iaitu 314 lelaki dan 155 perempuan.

 

Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya berkenan menerima tabik hormat daripada perbarisan yang berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat.

 

Seterusnya, baginda berkenan mengurniakan titah dan mengurniakan anugerah kepada enam pelatih terbaik PKBN Ke-12 iaitu Pelatih Lelaki Terbaik Kawad, 14090 Pelatih Muhammad Sufi Muazzam bin Saiful Nidzam; Pelatih Perempuan Terbaik Kawad, 13887 Pelatih Siti Nurbahriah binti Muhammad Norman Shah; Pelatih Lelaki Terbaik Jasmani, 14176 Pelatih Taufiq Nurhidayat bin Timbul; Pelatih Perempuan Terbaik Jasmani, 13928 Pelatih Nur Farhana Syaherra binti Mohammad Faizal; Pelatih Lelaki Terbaik Keseluruhan, 14293 Pelatih Muhammad Zulhelmi Hashim bin Jainudin dan Pelatih Perempuan Terbaik Keseluruhan, 13965 Pelatih Nur Lily Izzati binti Abdul Hamid.

 

Upacara diteruskan dengan laungan 'Tiga Kali Daulat' untuk Kebawah DYMM dan diikuti dengan bacaan Doa Selamat. Sebelum beredar dari Padang Kawad, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dimainkan diikuti dengan Perbarisan Tamat Latihan berjalan lalu dan keluar dari padang perbarisan.

 

Baginda kemudian berangkat menuju ke Ruang Legar, Blok 1, Kem Latihan PKBN bagi menyaksikan pameran daripada Manpower Planning and Employment Council (MPEC) mengenai Program Jati Diri sebelum baginda dijunjung berangkat ke Bilik Tetamu 1, Blok 1, Kem Latihan PKBN bagi santap ringan dan seterusnya bercemar duli serta ramah mesra bersama Pelatih-pelatih Terbaik PKBN Pengambilan Ke-12. Kebawah DYMM seterusnya berkenan menandatangani Buku Lembaran Kenangan sempena keberangkatan baginda pada upacara tersebut.

 

Sebelum meninggalkan majlis, Kebawah DYMM berkenan berangkat ke Dewan Kuliah, Blok 4, Kem Latihan PKBN bagi sesi bergambar ramai bersama para pelatih dan seterusnya disembahkan dengan sebuah pesambah oleh Komandan Kem PKBN, Mejar (B) Haji Mohammad bin Dollah sebagai menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda.

 

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh dan Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu.

 

Keberangkatan Kebawah DYMM pada hari ini menunjukkan bukti keprihatinan baginda terhadap perkembangan belia di Negara Brunei Darussalam terutama kepada para pelatih PKBN ini.

 

Di samping itu juga, ia adalah sebagai penyuntik semangat para pelatih untuk terus aktif memainkan peranan sebagai belia yang berdikari, berdisiplin, berwawasan, berhemah, bertakwa dan syumul dan terus menerus aktif mengaplikasikan apa yang dipelajari sepanjang program setelah tamat menjalani PKBN agar dapat menabur bakti dan meningkatkan rasa cinta serta pengorbanan terhadap negara, bangsa dan agama sesuai dengan hasrat penubuhan PKBN.

 

Sejak PKBN ini ditubuhkan, PKBN telah mengeluarkan seramai 4,185 Alumni PKBN dan ini adalah termasuk jumlah Alumni PKBN Pengambilan Ke-12. PKBN Pengambilan Ke-12 telah dikendalikan serta dilaksanakan bermula 26 November 2023 dan berakhir pada 9 Mac 2024.

 

Mereka ini dilatih oleh Pegawai / Jurulatih / Tenaga Kerja yang telah diperbantukan daripada ABDB, Askar Simpanan Melayu Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Outward Bound Brunei Darussalam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan sukarelawan profesional yang dibantu oleh Alumni PKBN bagi sama-sama menjayakan PKBN ini.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Flash Floods Kill At Least 50 In Afghanistan

 2024-05-19 00:23:50

We'll Need Universal Basic Income - AI 'Godfather'

 2024-05-19 01:20:48