FacebookInstagramTwitterContact

 

Emergency Water Pipe Repair Work Update           >>           Miscellaneous Offences Act 2021           >>           'Operasi Sepadu'           >>           'Badudun Bersama Biskita' Roadshow           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           International Merchandise Trade Statistics, February 2024           >>           Handover of Financial Aid           >>           'Borneo Pulau Bersejarah' Project Launching Ceremony           >>           Doa Kesyukuran Ceremony           >>           Commemorating Mosque's 25th Anniversary           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD Mula Berpuasa Pada 12 Mac


Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohd. Sahrizal Haji Said

 


 March 11th, 2024  |  06:22 AM  |   1462 views

BRUNEI DARUSSALAM

 

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam maka Yang Berhormat Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dengan ini memaklumkan bahawa ketetapan 1 Ramadan 1445 Hijrah bagi Negara Brunei Darussalam (NBD) jatuh pada Selasa, 12 Mac 2024 Masihi.

 

Hasil merukyah awal bulan Ramadan 1445H pada petang tadi telah diumumkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri. Sehubungan itu, NBD akan menyambut awal Ramadan bagi Tahun 1445H pada Selasa, 12 Mac 2024M.

 

Justeru, umat Islam di NBD akan memulakan Sembahyang Sunat Terawih dan Witir serta bertadarus Al-Quran di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara bermula pada malam esok, Isnin, 1 Ramadan 1445H bersamaan 11 Mac 2024M selepas menunaikan Sembahyang Fardu Isyak.

 

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Yang Dipertua MUIB setelah bersidang mengenai hasil merukyah anak bulan Ramadan 1445H pada tahun ini dari tempat-tempat yang ditentukan.

 

Ketetapan persidangan tersebut telah disembahkan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Selain Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, persidangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Hal Ehwal Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama juga dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Japar bin Haji Mat Dain@Maidin serta Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara dan MUIB.

 

Pada tahun ini, lima buah lokasi telah ditetapkan untuk merukyah anak bulan Ramadan 1445H iaitu Menara DST, Bangunan Ibu Pejabat DST, Lebuhraya Tungku, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Agok, Jerudong, Daerah Brunei dan Muara; Tanjung Batu, Pekan Muara, Daerah Brunei dan Muara; Bukit Lumut, Daerah Belait dan Bukit Amboq, Daerah Tutong.

 

Sementara itu, acara keagamaan bagi menunggu hasil rukyah 1 Ramadan 1445H dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh siswi Tahun 11, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Muhammad Yusuf Haikal bin Mohammad Hashim.

 

Bacaan Tahlil dan Doa Arwah oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Sellahhuddin yang seterusnya mengimamkan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

 

Manakala Mu'azzin Maghrib dikumandangkan oleh Bilal Tingkat II, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Kampung Jerudong, Awang Muhammad Hafiq Fakhry bin Haji Affendy Buang.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Cambodia Blast: 20 Soldiers Killed In Ammunition Explosion

 2024-04-28 00:52:46

Football Betting: Regulator To Meet Over 'Inaccurate' Stats Concern

 2024-04-28 00:24:48