FacebookInstagramTwitterContact

 

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight           >>           Bilateral Meeting with the President           >>           Tete-a-Tete Meeting with the President           >>           State Welcoming Ceremony           >>           His Majesty Arrival           >>           Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Bekerjasama Bangun Sistem Sosial, Ekonomi Berdaya Tahan


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 


 March 22nd, 2016  |  16:51 PM  |   4139 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 21 Mac. - Rakyat dan pihak kerajaan perlu bekerjasama dalam membangunkan sistem sosial dan ekonomi yang berdaya tahan bagi memastikan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa terus berada di hadapan.

 

Sebagai jentera kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat mestilah bersatu bersama rakyat dan memastikan setiap individu akan memainkan peranan dalam pembangunan negara kerana negara sudah ada impian dan aspirasi untuk direalisasikan iaitu Wawasan Brunei 2035.

 

Perkara tersebut dinyatakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa mengusulkan penangguhan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2016 di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis.

 

"Cabaran sudah setentunya ada menunggu kita, saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan Ahli Rasmi Kerana Jawatan yang menyatakan bahawa ini bukanlah lagi masanya bagi kita mempersoalkan tetapi apakah kita akan mampu mencapai Wawasan Negara 2035? Untuk kita bersedia melaksanakannya dan bertanya pula apakah peranan dan sumbangan kita mencapai aspirasi negara," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat menyeru semua sebagai 'whole nation' melangkah ke hadapan melakar lembaran dan seterusnya menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah negara yang cemerlang lagi dihormati dengan ekonomi yang berkembang dan rakyat yang berkualiti tinggi dan bernilai tinggi.

 

Terdahulu, Yang Berhormat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pandangan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada cadangan-cadangan yang disuarakan itu memerlukan pihak kerajaan untuk membuat penilaian yang sehalus-halusnya dan penelitian yang mendalam terutama yang melibatkan peruntukan yang mungkin belum bersesuaian untuk dilaksanakan dalam keadaan negara mengalami kekurangan pendapatan (fiscal deficit).

 

Jelas Yang Berhormat, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kerajaan baginda masih mampu untuk menyediakan peruntukan kewangan munasabah bagi Peruntukan Kewangan 2016/2017 demi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini.

 


 

Source:

by Mohammad Rainie Haji Durani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Passengers Tell Of Horror Aboard Turbulence-Hit Flight

 2024-05-22 02:17:53

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04