FacebookInstagramTwitterContact

 

Zhengzhou: Interactive Exhibitions On The International Museum Day           >>           Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Komited Bina Masa Depan Kukuh


Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 


 March 22nd, 2016  |  16:52 PM  |   4044 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 21 Mac. - Semua pihak diseru untuk bekerja keras dan komited maju ke hadapan untuk membina masa depan yang kukuh bagi Negara Brunei Darussalam.

 

Untuk merealisasikan semua ini, jelas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, ia memerlukan perubahan minda (mindset).

 

"Kita perlu mulakan perubahan ini dari dalam diri sendiri terlebih dahulu. Perubahan minda kepada yang lebih berkembang (growth mindset) akan membolehkan kita mampu memikirkan cara baharu dalam menangani apa jua isu yang dihadapi secara berlainan (different way of doing things)," jelas Yang Berhormat semasa mengutarakan usul penangguhan Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2016 di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis.

 

Menurut Yang Berhormat, sampai bilakah kita akan bersikap sentiasa berharap dan meminta-minta kepada kerajaan dalam apa jua hal dan terus-menerus menyuarakan masalah terutamanya melalui media sosial.

 

"Bukankah sudah tiba masanya pemikiran kita berubah iaitu sama-sama memberi buah fikiran dan mencari jalan penyelesaian apa jua permasalahan yang kita hadapi pada masa ini," ujar Yang Berhormat.

 

Di samping itu, Yang Berhormat turut menekankan dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, semua pihak dikehendaki jangan bersikap leka (compliance) dan perlu sedar yang perjalanan di hadapan tidak mudah, dengan rakyat yang semakin berpendidikan dan kehendak (expectation) mereka yang semakin kompleks.

 

"Kita perlu bersedia untuk menanganinya dengan pantas, inovatif lagi efisien. Cabaran sumber tenaga manusia yang terhad dan keadaan ekonomi global yang semakin kompetitif malah 'volatile' dan sukar diramal, juga tidak lagi membolehkan kita beroperasi dengan 'business as usual'," jelas Yang Berhormat.

 

Yang Berhormat turut menekankan agar kita bersatu dalam memastikan ekonomi negara akan terus berkembang dan berdaya tahan demi masa depan generasi anak cucu di Negara Brunei Darussalam. Tanggungjawab tersebut bukan hanya terhadap kepada menjaga kebajikan dan kesejahteraan generasi yang ada pada masa ini, malah juga bertanggungjawab untuk memastikan kemakmuran yang dinikmati masa ini akan dapat dirasai oleh generasi yang akan datang.

 

Menurut Yang Berhormat lagi, tindakan-tindakan yang diambil pada masa ini, akan memberi implikasi kepada generasi yang akan datang kerana apa yang kita lakukan sekarang mungkin sukar, pahit dan perit untuk diharungi akan tetapi kita harus melihat itu sebagai satu pelaburan masa depan. Kita memanglah tidak dapat meramal masa depan namun ia satu amanah untuk memastikan masa depan anak cucu dan negara dengan izin Allah terjamin.

 


 

Source:

by Mohammad Rainie Haji Durani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04