FacebookInstagramTwitterContact

 

Man United Want To 'Rectify' Poor Season With FA Cup Win – Ladd           >>           US Says Israel May Have Breached International Law With American Weapons In Gaza           >>           Ukraine Says It Repelled Russian Bid To Cross Border           >>           Steve Bannon May Soon Head To Prison After Appeal Fails           >>           South Africa's Top Court Hears Zuma Election Challenge           >>           Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region           >>           Red, White & Royal Blue Will Reign Again With Upcoming Sequel           >>           Childcare Centres           >>           Haj Management and Internalisation Briefing           >>           Health Briefing for Intending Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penguatkuasaan undang-undang persaingan wujudkan ekonomi efisien dan produktif


 


 February 8th, 2017  |  09:05 AM  |   1029 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

GADONG, Selasa, 7 Februari. - Pencegahan amalan-amalan anti persaingan seperti kartel atau penyalahgunaan posisi dominan mendorong para pengusaha untuk menjadi lebih efisien dan berinovasi serta meningkatkan pilihan pengguna dan kualiti produk.

 

Timbalan Setiausaha Tetap (Ekonomi dan Kewangan) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dr. Hajah May Faezah binti Haji Ahmad Ariffin berkata, di samping menjana kemajuan ekonomi, persaingan juga memainkan peranan penting di dalam mendukung peningkatan kebajikan pengguna.

 

"Pada masa ini, sebanyak sembilan ahli ASEAN telah mempunyai undang-undang persaingan termasuk Negara Brunei Darussalam," katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan semasa melancarkan Bengkel 'Competition Economics in Practice' yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, di sini.

 

Terdahulu, beliau menekankan mengenai kepentingan hubung sama di antara persaingan dan pertumbuhan ekonomi yang mampan hasil dari peningkatan produktiviti, yang mana keperluan bagi perkara tersebut telah banyak diketengahkan di negara ini dalam mencapai Wawasan 2035.

 

Menurutnya, hubung sama di antara persaingan dan produktiviti telah pun dibuktikan oleh negara-negara yang sudah melaksanakan undang-undang persaingan.

 

Dr. Hajah May Fa'ezah juga menerangkan bahawa salah satu objektif utama penguatkuasaan undang-undang persaingan adalah bagi mewujudkan ekonomi yang efisien dan produktif khususnya bagi sektor-sektor sasaran utama dan seterusnya menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi yang pesat.

 

"Perkara ini mungkin mempunyai impak yang besar terhadap kos pengeluaran dan seterusnya menjadikan negara lebih berdaya saing, yang mana ia merupakan penarik penentu utama pelaburan asing dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan domestik," ujarnya.

 

Pada bengkel tersebut juga, taklimat mengenai pengenalan bengkel telah disampaikan oleh Jennifer Orr dari Australian Competition and Consumer Commission (ACCC).

 

Dalam pada itu, tema 'Competition Economics in Practice' yang dipilih oleh ahli-ahli ASEAN memberi fokus terhadap konsep ekonomi di dalam penguatkuasaan undang-undang persaingan.

 

Ini termasuk pendekatan praktikal seperti melihat pada kajian kes, pengalaman dan perspektif pakar-pakar persaingan dari ACCC dan New Zealand Commerce Commission (NZCC) serta agensi-agensi persaingan serta bagi membantu peserta memahami dengan lebih mendalam mengenai aplikasi teori yang dibincangkan.

 

Bengkel khususnya melihat pada penggunaan konsep dan analisa ekonomi yang berkaitan dengan larangan-larangan utama di dalam undang-undang persaingan seperti kartel, tipuan bida, penyalahgunaan kedudukan dominan dan penggabungan anti persaingan.

 

Bengkel selama tiga hari itu bermula hari ini, melibatkan seramai 30 orang pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi kerajaan Brunei Darussalam dan agensi-agensi persaingan serantau dan dianjurkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi melalui Bahagian Persaingan dan Hal Ehwal Pengguna, JPM dengan kerjasama ACCC, NZCC dan Sekretariat ASEAN serta disokong oleh ASEAN - Australia - New Zealand Free Trade Area (AANZFTA) Competition Law Implementation Program (CLIP).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Kashmir: Why Modi's BJP Is Not Fighting Elections In The Himalayan Region

 2024-05-11 10:07:53

UK Economy Is Improving But People May Not Notice

 2024-05-11 05:29:59