FacebookInstagramTwitterContact

 

In Sheer Dramatic Fashion, Indonesia Move Closer To Olympic Dream With Stunning South Korea Upset           >>           Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>           'Sikal Syawal' Event           >>           Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Merealisasikan Wawasan Negara dengan penuh komitmen


 


 February 23rd, 2017  |  06:47 AM  |   1388 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 22 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, Wawasan Brunei 2035 tidak wajar dibiarkan sebagai satu retorik intelektual semata-mata, yang cuma indah dalam sebutan, tetapi kita mesti melaksanakannya dengan penuh komitmen dan bersungguh-sungguh.

 

“Kita perlu bertindak lebih tangkas bagi menghasilkan impak yang tinggi yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara,” titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kali Ke-33, Tahun 2017 di Istana Nurul Iman di sini.

 

Bagi merealisasikan tiga matlamat utama Wawasan Negara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah memperkenankan Kerangka Kerja, antara lain, menggariskan bidang-bidang utama yang perlu diberikan perhatian serta ke arah pencapaian hasil-hasil yang perlu dicapai.

 

Peneraju-peneraju bagi setiap strategi titah baginda, juga telah dilantik.

 

Untuk semua itu, baginda menyeru agar kita terlebih dahulu bersatu padu, jangan berpecah-belah dan pastikan semua usaha yang dibuat adalah secara muafakat, relevan dan menepati peredaran masa kerana itulah rahsia atau kunci kejayaan bagi Wawasan Negara 2035.

 

“Ini, meliputi untuk semua, sama ada sektor kerajaan mahupun swasta adalah mustahak untuk memupuk kerjasama dan persefahaman, dalam makna, semua kita adalah dikehendaki untuk bekerja dalam satu pasukan tanpa melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan atau undang-undang.

 

Walaupun kita sudah memiliki infrastruktur, teknologi, peralatan, mekanisme dan sistem yang baik, namun tegas baginda, jika ‘dalaman’ kita tidak baik, maka hasilnya tetap tidak baik juga.

 

Baginda seterusnya memberi contoh, apabila di dalam kerajaan terdapat mekanisme yang ‘korup’ atau rasuah, maka sekalipun ianya dari kalangan ilmuan dan mempunyai kemahiran tinggi, namun sikapnya yang sedemikian itu tidak akan menolong untuk membawa kebaikan malah sebaliknya menjerumuskan negara kepada keburukan.

 

Tegas baginda, perkara itulah yang perlu kita kawal untuk mengelakkan negara dari mengalami perkara-perkara yang tidak diingini.

 

“Kita sudah melihat atau mendengar, banyak kejadian yang tidak diingini berlaku di mana-mana, seperti amalan-amalan pecah amanah, rasuah dan lain-lain. Kita juga turut mengetahui, bahawa tempat-tempat yang dilanda oleh gejala-gejala seperti ini tidak sunyi dari mengalami pelbagai kesusahan,” titah baginda.

 

Oleh itu, Negara Brunei Darussalam, titah baginda, mestilah selalu berwaspada sambil mengambil iktibar daripadanya.  

 

Terdahulu dalam titah baginda telah menyentuh mengenai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ‘Menjayakan Wawasan Negara’, yang mana tema berkenaan sangat bersesuaian setelah tiga tahun berturut-turut menggunakan tema ’Generasi Berwawasan’.

 
 

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54