FacebookInstagramTwitterContact

 

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>           Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>           Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Berangkat mengurniakan Lencana Keahlian 2016


Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkenan menyampaikan Lencana Keahlian Tenderfoot kepada seorang ahli PPPBD. | Foto: Hernie Suliana Haji Othman

 


 April 25th, 2016  |  09:58 AM  |   3572 views

MUKIM KILANAS

 

Ahad, 24 April. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam (PPPNBD) berkenan berangkat ke Majlis Penyampaian Lencana Keahlian (Tenderfoot), Kad Waran dan Pra Waran Senegara Tahun 2016.

 

Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Sayyidina Hassan, di sini dijunjung oleh Ketua Pesuruhjaya PPPNBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi majlis berkenaan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pesuruhjaya Kerohanian PPPNBD, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Abdul Ghani diikuti dengan nyanyian beramai-ramai Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Lagu Dunia Pandu Puteri dan Lagu Rantau Asia Pasifik.

 

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya PPPNBD, Dayang Hajah Siti Hafsah antara lain menyembahkan seramai 275 orang menerima Lencana Keahlian (Tenderfoot), Kad Waran dan Pra Waran yang terdiri dari lapan Pemimpin Muda, dan tujuh Pemimpin Dewasa menerima Kad Waran sementara empat Pemimpin Muda dan dua Pemimpin Dewasa menerima Kad Pra Waran.

 

Menurutnya, ahli-ahli yang lain menerima Lencana Keahlian (Tenderfoot) terdiri dari 27 Pandu Puteri Ranjer dan 190 Pandu Puteri, dan pada tahun ini hanya 39 Pandu Puteri Tunas menerima Lencana Keahlian, iaitu sebuah sekolah rendah Daerah Brunei dan Muara dan dua buah sekolah rendah Daerah Tutong.

 

Berkaitan dengan keahlian dalam Membership Survey yang dijalankan oleh PPPNBD bagi memenuhi kehendak Pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) pada tahun 2016 ini tambahnya, penyertaan keahlian Pandu Puteri Tunas yang berumur 5 hingga 10 tahun iaitu dari sekolah rendah telah menurun.

 

"Penyebab penurunan ini adalah kurangnya penyertaan guru-guru pengawas di sekolah-sekolah rendah. Perkara ini seharusnyalah diambil berat oleh PPPNBD kerana bagi memantapkan dan berkesannya program kepanduan, kekuatannya mestilah bermula dari penyertaan Ahli-ahli Pandu Puteri Tunas ini iaitu berterusan hingga menjadi Pandu Puteri dan Pandu Puteri Ranjer hingga menjadi Pemimpin Muda yang juga pemimpin pelapis," ujarnya.

 

Bagaimanapun jelasnya, pengambilan penyertaan ahli dari universiti, maktab, pusat tingkatan enam dan sekolah menengah telah meningkat dalam tahun 2016 ini.

 

Beliau menjelaskan, ini bererti Jawatankuasa Tadbir PPPNBD, Bahagian Latihan dan Program hendaklah bekerja keras bagi penyelarasan kegiatan-kegiatan mengikut dan memenuhi cita rasa muda belia dalam program kegiatan dan latihan PPPNBD.

 

Berkaitan dengan program dan latihan ini tambahnya lagi, beberapa orang Ahli Jawatankuasa Tadbir PPPNBD telah memulakan dan mendraf rangka program dan latihan iaitu 'Training and Educational Programme Development Framework' pada tahun 2016 ini dan dijangka selesai pada tahun 2018.

 

Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan persetiaan Pandu Puteri yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri, Dayang Hajah Napsiah binti Haji Mohammad disusuli dengan bacaan persetiaan Pandu Puteri Tunas yang diketuai oleh Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas, Dayang Hajah Aisah binti Haji Muhammad.

 

Pada majlis itu, Yang Teramat Mulia kemudian berkenan menyempurnakan pengurniaan Lencana Keahlian (Tenderfoot), Kad Waran dan Pra Waran Senegara Tahun 2016.

 

YTM seterusnya berkenan menandatangani Kad Keberangkatan yang kemudiannya dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

 

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM berkenan menyertai sesi penanaman pokok di halaman Study Garden Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan menerima junjung ziarah dari ahli-ahli persatuan.

 

Penyampaian lencana dan kad waran serta pra waran ini merupakan salah satu dari kegiatan tahunan persatuan sebagai pengiktirafan kepada ahli-ahli persatuan yang baru.

 

Juga hadir, Setiausaha Tetap Pendidikan Teras, Kementerian Pendidikan, Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh, Naib-naib Yang Dipertua Sepanjang Hayat PPPNBD serta Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Hassan, Dayang Haryani binti Haji Mohamad.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10