FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>           'Maintaining Healthy and Safety in the Workplace'           >>           In Sheer Dramatic Fashion, Indonesia Move Closer To Olympic Dream With Stunning South Korea Upset           >>           Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>           'Sikal Syawal' Event           >>           Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran KSSUP


Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap, KSSUP, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin

 


 June 18th, 2017  |  07:36 AM  |   477 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Majlis Memperingati Nuzul Al-Quran dan penyampaian derma kepada anak-anak yatim di kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi bertempat di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan KSSUP, Negara Brunei Darussalam.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Setiausaha Tetap, KSSUP, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya diikuti dengan Ceramah Khas yang bertajuk 'Integriti Dalam Perkhidmatan Awam' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Ustaz Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar.

 

Ceramah tersebut diharap dapat memberi iktibar kepada warga KSSUP untuk membentuk akhlak yang mulia dan membantu meningkatkan keperibadian masing-masing ke tahap yang lebih baik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab selaku pegawai dan kakitangan kerajaan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 24 orang anak yatim daripada 12 orang balu yang berkhidmat di kementerian dan jabatan-jabatan di bawah kementerian tersebut yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

 

 

Majlis seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti keugamaan tahunan yang diungkayahkan oleh KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya di bulan Ramadan.

 

Di samping memohon keberkatan dan mendapatkan ganjaran pahala yang sebanyaknya di bulan yang mubarak ini, majlis ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian, serta menunjukkan sifat keprihatinan kepada anak-anak yatim yang terdiri dari kalangan keluarga pegawai dan kakitangan di kementerian ini. 

 

Majlis dikendalikan oleh jabatan-jabatan di bawah kementerian ini secara bergilir-gilir, dan pada tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua jabatan di bawah KSSUP.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54