Home > Bahasa Melayu
Beriadah Antara Aktiviti Bandarku Ceria
ANTARA yang hadir mengikuti aktiviti berbasikal ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahl Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
July 31st, 2017 | 09:14 AM | 1348 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Program Bandarku Ceria bertujuan untuk menghidupkan suasana Bandar Seri Begawan (BSB) dan menjadikannya sebagai sebuah bandar yang dinamik, 'vibrant' dan unggul di mana pada program tersebut merupakan Hari Tanpa Kereta di kawasan pusat BSB.
Antara yang hadir menyertai aktiviti berbasikal ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan Menteri Pendidikan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman.
Dalam hal ini, beberapa jalan raya di kawasan BSB telah pun ditutup bermula jam 6.00 hingga 10.00 pagi setiap hari Ahad mulai 2 Oktober 2016.
Sehubungan ini, selain dari jalan-jalan yang telah ditutup pada masa ini, adalah dimaklumkan terdapat penambahan jalan raya yang akan ditutup sepenuhnya di antara 6.00 pagi hingga 10.00 pagi iaitu Jalan Sekolah dan Jalan Haji Basir.
Sementara di ruang terbuka yang lain pula, keseronokan pelbagai aktiviti seperti meniup belon, bermain bouncer, senamrobik di sepanjang jalan di tengah ibu kota berhadapan The Coffee Bean and Tea Leaf turut memeriahkan Bandarku Ceria yang menambahkan keceriaan dan menarik perhatian para pengunjung yang datang untuk menyaksikan serta menyertainya.
Acara-acara sampingan lainnya termasuklah senamrobik dan berbasikal.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]