FacebookInstagramTwitterContact

 

Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>           Wacom's first OLED pen display is also the thinnest and lightest it has ever made           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           How Al Pacino's Girlfriend Noor Alfallah Celebrated His 84th Birthday           >>           OpenAI's Sam Altman and other tech leaders join the federal AI safety board           >>           Ellen Degeneres Says She Was "Kicked Out Of Show Business" For Being "Mean"           >>           STUDY: Eating A Junk Food-Filled Diet During Adolescence Could Lead To Long-Term Memory Impairment In Adulthood           >>           Dynamic Duo: Why TURMERIC And BLACK PEPPER Are A Powerful Combination           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pencegahan, kawalan Penyakit Tuberkulosis (TB)


 


 November 22nd, 2017  |  09:57 AM  |   806 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam ingin memaklumkan bahawa bermula 22 November 2017, kementerian ini dengan kerjasama Kementerian Pendidikan akan melaksanakan ujian saringan bagi Penyakit Tuberkulosis (TB) untuk semua warga Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, termasuk penuntut-penuntut dan guru-guru.

 

Ujian saringan tersebut adalah sebagai langkah susulan dan berjaga-jaga setelah terjadinya kejadian Penyakit TB yang melibatkan beberapa orang penuntut di sekolah tersebut.

 

Semua penuntut yang telah dikesan dengan Penyakit TB adalah dalam keadaan stabil dan telah atau sedang menjalani rawatan rapi di bawah penjagaan pakar-pakar perubatan dari Kementerian Kesihatan.

 

Di samping itu, penghuni rumah yang tinggal bersama penuntut-penuntut yang terjejas telah atau sedang menjalani ujian saringan sebagai amalan rutin dengan kes-kes Penyakit TB.

 

Ujian saringan di kawasan sekolah tersebut melibatkan pengisian kaji selidik simptom dan ujian kulit yang dipanggil ujian 'mantoux', yang akan memberikan keputusan ujian dua ke tiga hari kemudian. Ujian 'mantoux' bukan bersifat diagnostik dan keputusan yang positif tidak semestinya bererti individu berkenaan telah dijangkiti Penyakit TB.

 

Keputusan yang positif bermakna pemeriksaan selanjutnya adalah diperlukan untuk memastikan jika individu berkenaan mempunyai Penyakit TB dan memerlukan rawatan.

 

Para ibu bapa akan diberikan maklumat mengenai soalan-soalan lazim mengenai Penyakit TB, di samping undangan ujian saringan penuntut-penuntut melalui persuratan rasmi. Jika ada sebarang soalan dari pihak-pihak yang terlibat, mereka bolehlah berhubung terus ke talian +673 7181103 yang dikhaskan untuk perkara ini.

 

Penyakit TB adalah jangkitan kuman yang kebanyakannya didapati di dalam paru-paru, tetapi ia juga boleh menjejaskan bahagian badan yang lain.

 

Penyakit TB boleh disembuhkan dengan rawatan perubatan yang biasanya mengambil masa selama enam bulan. Hanya Penyakit TB paru-paru atau tekak boleh berjangkit dan kebanyakan penghidap Penyakit TB tidak akan dapat menjangkiti orang lain selepas mengambil ubat yang diberikan dalam tempoh dua minggu.

 

Batuk berpanjangan yang melebihi dua minggu biasanya adalah tanda pertama TB yang aktif.

 

Simptom-simptom lain yang lazim dialami adalah seperti panas badan (demam berpeluh), berasa kurang sihat, berat badan yang menurun, berasa sakit di bahagian dada dan kurang selera makan.

 

Seseorang itu hanya akan dijangkiti dengan Penyakit TB jika ia berada berdekatan dalam tempoh yang lama bersama dengan seseorang yang menghidapi Penyakit TB yang aktif di paru-parunya.

 

Di Negara Brunei Darussalam, jika seseorang itu dikesan menghidapi TB, kakitangan kesihatan awam akan mengaturkan ujian-ujian saringan Penyakit TB kepada orang-orang terdekat (close contacts) dengan pesakit.

 

Kementerian Kesihatan adalah sentiasa memantau situasi ini dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk memastikan langkah-langkah yang perlu adalah diambil demi penyampaian tahap perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

 

 

Orang awam adalah dinasihatkan agar tidak berasa cemas dan disarankan untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan khabar angin mengenai perkara ini.

 

Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh melayari laman sesawang 'http://www.moh.gov.bn' atau melalui Talian Darussalam 123.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Pelita Brunei

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54