Home > Bahasa Melayu
Dikir Maulud peringati kelahiran Junjungan Besar
ANTARA yang menyertai rombongan dikir KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya di Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kampung Madang / Manggis
November 22nd, 2017 | 10:15 AM | 996 views
MANGGIS
Rombongan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Dikir ke masjid-masjid yang terpilih bagi menyemarakkan 12 malam Maulidur Rasul bagi Tahun 1439 Hijrah.
Mengetuai rombongan bagi majlis yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Pengiran Anak Damit, Kampung Madang / Manggis, di sini ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.
Turut hadir, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Penghulu Mukim Berakas 'B'; Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Penghulu Mukim Kota Batu dan Yang Berhormat Pengiran Haji Mohammad bin Pengiran Haji Osman @ Othman, Ketua Kampung Serasa, Pekan Muara dan Kampung Sabun serta Setiausaha Tetap (SUT), Timbalan SUT dan Pegawai-Pegawai Kanan KHEDN.
Pada majlis tersebut, Doa Dikir dibacakan oleh Imam masjid tersebut, Awang Haji Jufri bin Haji Abidin.
Acara yang merupakan aktiviti tahunan KHEDN itu akan diteruskan ke Masjid Utama Mohammad Salleh, Temburong pada hari berikutnya.
Majlis berkebajikan ini setentunya mengajak para pegawai juga kakitangannya untuk sama-sama memperingati kegemilangan dan pengorbanan Baginda dalam menyebarkan syiar Islam juga sebagai cahaya menerangi kehidupan umat Islam sejagat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by Pelita Brunei
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]