FacebookInstagramTwitterContact

 

'Maintaining Healthy and Safety in the Workplace'           >>           In Sheer Dramatic Fashion, Indonesia Move Closer To Olympic Dream With Stunning South Korea Upset           >>           Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>           'Sikal Syawal' Event           >>           Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>           RBPRC Monthly Polo Tournament 2024           >>           China's Tiangong Space Station Damaged By Debris Strike: Report           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


NBD dalam Kumpulan 'A', HBT Ke-6


DYTM berkenan beramah mesra dengan para pemain bola sepak yang ada bertanding di kejohanan tersebut.

 


 March 22nd, 2018  |  10:14 AM  |   835 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Negara Brunei Darussalam akan bersaing bersama Timor Leste, Myanmar dan Thailand dalam Kumpulan 'A', sementara Lao PDR, Singapura dan Kemboja berada dalam kedudukan Kumpulan 'B' pada Majlis Pengundian Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN 2018 yang berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini.

 

Berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) selaku Penasihat Jawatankuasa Tertinggi.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah di Bangunan KKBS tersebut dijunjung oleh Menteri Perhubungan selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof serta Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah (HBT) bagi Belia ASEAN 2018, Awang Haji Mohammad Noor bin Haji Abdul Hamid.

 

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Awang Haji Metassan bin Haji Tahir.

 

Dalam sembah alu-aluan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN 2018, Awang Haji Mohammad Noor menyatakan kejohanan kali keenam itu dikhususkan bagi belia-belia ASEAN yang berusia di bawah 21 tahun.

 

Beliau percaya kejohanan tersebut akan mengeratkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama yang kukuh dalam kalangan belia-belia ASEAN yang menyertai kejohanan berkenaan.

 

Melalui kejohanan itu beliau berharap akan melahirkan pemain-pemain muda yang berkaliber dan bermutu tinggi, di samping ia menjadi batu loncatan dan platform kepada para pemain muda untuk menarik taraf menjadi pemain profesional.

 

Majlis diteruskan dengan menyaksikan tayangan video Kejohanan Bola Sepak Piala Hassanal Bolkiah bagi Belia ASEAN diikuti dengan penerangan mengenai format undian dan kumpulan yang disampaikan oleh Mr. Stephen Ng Heng Seng selaku Penyelaras Undian yang diikuti dengan Majlis Pengundian dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Presiden NFABD.

 

Juga hadir, beberapa orang perwakilan dari kedutaan dan suruhanjaya tinggi di negara ini sebagai wakil untuk mengundi bagi pasukan-pasukan negara masing-masing serta para pegawai kanan KKBS juga Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif NFABD.

 

Kejohanan yang dianjurkan oleh KKBS dengan kerjasama NFABD bermula pada 23 April nanti dan akan menggunakan dua venue perlawanan, iaitu Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas dan Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54