FacebookInstagramTwitterContact

 

Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation           >>           Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>           'Maintaining Healthy and Safety in the Workplace'           >>           In Sheer Dramatic Fashion, Indonesia Move Closer To Olympic Dream With Stunning South Korea Upset           >>           Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


UNISSA meterai perjanjian bersama penulis buku


Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal semasa menandatangani Perjanjian Penerbit - Penulis UNISSA. | Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

 


 March 31st, 2016  |  11:31 AM  |   5102 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 30 Mac. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) buat pertama kalinya memeterai perjanjian dengan para penulis yang telah menerbitkan buku pada tahun 2015 dan 2016 bagi universiti berkenaan dengan berlangsungnya Majlis Penandatanganan Perjanjian Penerbit - Penulis UNISSA.

 

 

Berlangsung di Bilik Banquet, UNISSA, Majlis Penandatanganan disaksikan oleh Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan, UNISSA, Profesor Madya Dr. Jilani Ben Touhami Meftah dan Pemangku Ketua Perhubungan Awam UNISSA, Awang Haji Mohammad Asnawi bin Haji Yakib.

 

Pada majlis itu, seramai 27 penulis buku telah menandatangani perjanjian berkenaan, antaranya Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal dengan tajuk buku 'Melestari Pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam'.

 

Manakala menandatangani selaku wakil pihak penerbit ialah Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA, Dr. Hajah Rose binti Abdullah.

 

Ketika ditemui oleh Pelita Brunei, Dr. Hajah Rose menyatakan, pihak Penyelidikan dan Penerbitan akan meneruskan usaha-usaha untuk menggalakkan penulis-penulis menghantar manuskrip ke Penyelidikan dan Penerbitan UNISSA untuk diterbitkan bukan saja daripada kakitangan akademik UNISSA malahan juga dibukakan kepada penulis-penulis dari luar UNISSA.

 

"Dalam masa yang sama, kita ingin menarik perhatian bakal-bakal penulis untuk terus menghasilkan manuskrip ilmiah mereka untuk diterbitkan oleh UNISSA Press," ujarnya.

 

Menyentuh mengenai kontrak penandatanganan perjanjian, Dr. Hajah Rose menerangkan setiap penulis adalah di bawah kontrak selama lima tahun yang mana sepanjang tempoh berkenaan penulis terbabit tidak boleh menerbitkan buku mereka di bawah penerbit lain kecuali UNISSA Press sahaja seperti yang telah dipersetujui.

 

Mengenai kriteria-kriteria yang diperlukan untuk menerbitkan buku di bawah UNISSA Press, beliau menjelaskan manuskrip yang dihantar mestilah mempunyai kualiti 'value of research' dan tajuk mestilah bersesuaian.

 

Dr. Hajah Rose seterusnya menjelaskan, setiap penulis akan diberikan beberapa insentif antaranya 10 buah naskhah bagi setiap buku masing-masing dan royalti sebanyak 10 peratus daripada kos pencetakan.

 

"Sementara bagi penulis bersama pula akan menerima jumlah naskhah dan peratusan royalti yang sama untuk dikongsikan dalam kalangan penulis-penulis bersama," katanya lagi.

 

Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan dan ihsan buku yang merupakan hasil karya ahli-ahli akademik berkenaan.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

Formula E: The World's Fastest Electric Vehicles Could Spark Widespread Innovation

 2024-04-27 01:35:09