FacebookInstagramTwitterContact

 

Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>           'Maintaining Healthy and Safety in the Workplace'           >>           In Sheer Dramatic Fashion, Indonesia Move Closer To Olympic Dream With Stunning South Korea Upset           >>           Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>           'Sikal Syawal' Event           >>           Consumer Price Index, March 2024           >>           FIFA Seals Closer Saudi Ties With World Cup Aramco Deal           >>           Official Visit to the Kingdom of Thailand           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


35 Saudara Baharu Terima Bantuan


PEMANGKU Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Abdullah bin Namit ketika menyerahkan surat kebenaran bantuan barang-barang keperluan harian (barang dapur) bagi tahun 2016 - 2017 kepada salah seorang saudara baharu. | FOTO: PELITA BRUNEI (Ah Chua)

 


 June 22nd, 2016  |  08:23 AM  |   2307 views

TEMBURONG

 

Selasa, 21 Jun. - Seramai 35 saudara baharu menerima bantuan barang-barang keperluan harian (barang dapur) bagi tahun 2016 – 2017 dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, Pekan Bangar di sini.

 

Penyerahan surat kebenaran bagi bantuan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pegawai Ugama Daerah Temburong, Awang Abdullah bin Namit.

 

Berucap pada majlis itu, Awang Abdullah menjelaskan, bantuan yang diberikan bagi tempoh sementara sahaja itu hendaklah dimanfaatkan oleh para penerima dengan tidak menyalahgunakannya bantuan-bantuan tersebut seperti menjualnya kepada orang lain.

 

Di samping menerima bantuan, Awang Abdullah menyarankan para penerima agar terus berusaha bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan tidak hanya bergantung semata-mata pada bantuan yang diberikan.

 

Beliau juga menasihatkan kepada para saudara baharu tersebut agar sentiasa bekerjasama dengan unit dakwah dengan menghadiri majlis-majlis keugamaan dan menghadiri kursus-kursus serta kelas-kelas bimbingan bagi meningkatkan pengetahuan di samping menjaga keimanan masing-masing.

 

Bantuan Kebajikan Pusat Da'wah Islamiah itu merupakan salah satu cara pemedulian dan pemeliharaan yang berbentuk fizikal / material atau dikenali dengan dakwah bil hal kepada golongan yang susah dalam kalangan saudara-saudara baharu bagi menjamin kualiti kehidupan mereka agar lebih baik dan selesa setelah mereka memeluk ugama Islam.

 

Dengan adanya bantuan tersebut diharap dapat meringankan apa jua kesulitan dan kesusahan yang dialami oleh para penerima dan akan dapat memudahkan lagi mereka untuk menjalani kehidupan seharian serta memberi keselesaan untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan dapat menunaikan ibadat dengan baik.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hezlinawati Haji Abdul Karim

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54