FacebookInstagramTwitterContact

 

National Speech Contest           >>           Beta-Alanine Supplementation May Improve Power Output During Leg Exercises           >>           HIDDEN DANGER: Beware Of Arsenic Contamination In Rice           >>           Boysenberries Found To Improve Cholesterol, Help Prevent Heart Disease           >>           Girl Said She Heard ‘Monsters’ In Her Bedroom Wall – It Turned Out To Be Something Much Worse           >>           People Are Going Crazy For This Mayor’s Little Toes           >>           Jersey Shore's Pauly D Shares Rare Update On Life With 10-Year-Old Daughter Amabella           >>           Colleen Hoover's Verity Book Becoming A Movie After It Ends With Us           >>           Asteroid Ryugu Holds Secrets Of Our Solar System's Past, Present And Future           >>           US will require all new cars to have advanced automatic braking systems by 2029           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Pegawai-Pegawai Bersara ABDB Zahirkan Rasa Kesyukuran


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima junjung ziarah daripada Pegawai-pegawai Bersara ABDB. |FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

 


 August 2nd, 2016  |  11:42 AM  |   2666 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Isnin, 1 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Majlis bersama Pegawai-pegawai Bersara ABDB sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun.

 

AMIRUL HUT KDYMM ABDB 1

KEBERANGKATAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Berkshire Diraja, Kelab Polo Jerudong dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (Bersara) Pengiran Haji Ibnu Baa'sith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Hj Apong.

 

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Berkshire Diraja, Kelab Polo Jerudong, di sini, dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Baa'sith bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Hj Apong; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud dan Yang Dimuliakan Pehin Datu Harimau Padang Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Husin bin Ahmad, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis.

 

AMPUAN HUT KDYMM ABDB 4 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani Lembaran Keberangkatan sebelum berangkat masuk ke Dewan Berkshire Diraja.

 

Turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra di Ruang Chesney dan menandatangani Lembaran Keberangkatan sebelum berangkat masuk ke Dewan Berkshire Diraja.

 

AMPUAN HUT KDYMM ABDB 6 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan memotong Kek Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun.

 

Setelah itu, Kebawah DYMM berkenan memotong Kek Hari Keputeraan dan menerima pesambah khas Hari Keputeraan yang membawa pengertian dalam mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam dengan hasil pembawaan dan kepimpinan yang diterajui oleh institusi kesultanan Brunei.

 

Manakala, Replika Bidar Pekayuhan, secara simbolik membawa pengertian sumber pengangkutan yang digunakan secara meluas di negara ini untuk pergerakan dari satu tempat ke satu tempat hinggalah ke awal tahun 1960-an.

 

AMPUAN HUT KDYMM ABDB 7 

KEBAWAH DYMM berkenan menerima pesambah khas Hari Keputeraan yang membawa pengertian dalam mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam dengan hasil pembawaan dan kepimpinan yang diterajui oleh institusi kesultanan Brunei.

 

Lambang Peribadi Kebawah DYMM adalah lambang institusi kesultanan Brunei yang memerintah dan telah membawa negara ini bagi mencapai kemakmuran, kesejahteraan dan ketenteraman yang berterusan.

 

Seterusnya, 70 biji permata yang mengelilingi Lambang Peribadi Kebawah DYMM secara simboliknya bukan sahaja menandakan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70, tetapi juga membawa pengertian yang institusi kesultanan Brunei itu sangat dihargai dan disayangi oleh seluruh rakyat sepertimana juga permata sentiasa dihargai dan disayangi oleh pemiliknya.

 

AMPUAN HUT KDYMM ABDB 11 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan berangkat ke Majlis bersama Pegawai-pegawai Bersara ABDB sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-70 Tahun.

 

Peta Negara Brunei Darussalam yang berwarna keemasan bersinar (High Polish) pula membawa makna setelah mencapai kemerdekaan penuh Kebawah DYMM yang mana sinar cahaya negara ini telah memancar ke seluruh dunia.

 

Baginda telah memimpin dan membawa negara ini menjadi ahli pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation), OIC juga pertubuhan serantau seperti ASEAN.

 

AMPUAN HUT KDYMM ABDB 2 

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan beramah mesra di Ruang Chesney bersama Pegawai-pegawai Bersara ABDB.

 

Pada majlis itu, bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Mejar (B) Awang Haji Ibrahim bin Ahmad.

 

Sementara itu, Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Baa'sith dalam sembah alu-aluannya menyembahkan ucapan menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah DYMM atas perkenan baginda berangkat bercemar duli ke majlis tersebut.

 

 AMPUAN HUT KDYMM ABDB 1

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima junjung ziarah dan beramah mesra di Ruang Chesney.

 

Menurut Yang Amat Mulia, majlis tersebut semata-mata bertujuan untuk merayakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM ke-70 Tahun dan tambahnya keberangkatan baginda itu, dapat memberi peluang beramah mesra serta merapatkan hubungan yang mungkin telah berjauhan jaraknya semenjak persaraan mereka dari perkhidmatan angkatan bersenjata Kebawah DYMM.

 

Kemudian Kebawah DYMM dijunjung bagi Majlis Santap Minum Petang sebelum menerima Junjung Ziarah daripada para jemputan khas dan pegawai-pegawai bersara ABDB.

 

AMPUAN HUT KDYMM ABDB 3

 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar bersama Pegawai-pegawai Bersara ABDB.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dijunjung ke kawasan Pavilion Grand Stand bagi sesi bergambar ramai terdiri daripada pegawai-pegawai dan para jemputan, Pegawai-pegawai Bersara ABDB yang berusia 70 Tahun ke atas dan bergambar ramai mengikut giliran perkhidmatan terdiri dari Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.

 

Majlis ini merupakan acara keraian yang terulung dan bersejarah untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan keperwiraan serta rasa penghargaan atas kebajikan yang dikurniakan dan rasa taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja yang juga seorang Pemerintah Tertinggi ABDB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Nooratini Haji Abas, Saerah Haji Abd

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Close Enough To See Their Faces': Chased Down By China In South China Sea

 2024-05-02 00:57:36

Tesla Staff Say Firm's Entire Supercharger Team Fired

 2024-05-02 00:12:47