FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Penerima Bintang Kebesaran bagi pegawai JMK diraikan


Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned ketika berucap pada Majlis Doa Kesyukuran, Jabatan Mufti Kerajaan. | Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor

 


 August 14th, 2016  |  09:44 AM  |   1070 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Sabtu, 13 Ogos. - Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Kesyukuran bagi pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan yang telah dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang Ke-70 tahun.

 

Hadir pada majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Semasa menyampaikan ucapannya pada majlis tersebut, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata Bintang itu adalah tanda penghargaan raja kepada mereka yang dikurniakan dan merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri.

 

''Tidakkah pengurniaan ini nikmat? Ya, nikmat. Setiap nikmat wajib disyukuri. Allah menyuruh kita mensyukuri nikmat. Jadi, majlis kita pada hari ini adalah majlis mensyukuri nikmat itu,'' tegasnya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran yang diadakan di Ruang Legar, Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

 

Menurut Yang Berhormat, nikmat Allah Subhnahu Wata'ala, sama ada ia besar atau kecil, banyak atau sedikit, adalah ia nikmat.

 

Yang Berhormat menjelaskan, nikmat adalah milik Allah dan selaku milik Allah, pastinya ia hebat, tetap hebat dan nilainya sangat tinggi.

 

''Nikmat Allah, sama ada ia besar atau kecil, banyak atau sedikit, adalah ia nikmat. Nikmat adalah milik Allah. Selaku milik Allah, pastinya ia hebat. Tetap hebat dan nilainya sangatlah tinggi. Bahkan tidak dapat dianggar nilainya itu, seperti misalnya udara yang kita hirup sekarang ini adalah nikmat. Siapakah dapat menganggar nilai udara?'' ujarnya.

 

Katanya, begitulah dengan sebiji bintang, tanda penghargaan. Penghargaan itulah nikmat. Penghargaan daripada Allah melalui raja. Raja yang hulurkan penghargaan itu dengan izin Allah jua.

 

Yang Berhormat menekankan agar kedua-duanya tidak dilupakan, iaitu Allah Subhanahu Wata'ala dan raja jangan dilupakan. Allah selaku pemilik nikmat wajib disyukuri dan raja pula selaku penyebab atau penyampai nikmat itu kita doakan semoga baginda beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, tegasnya.

 

Seramai tiga orang pegawai JMK telah dikurniakan bintang kebesaran, iaitu Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin, Awang Haji Dennie bin Haji Abdullah dan Dayang Hajah Safiyah binti Haji Tuah.

 

Sementera itu juga, seramai 27 orang bekas pegawai dan kakitangan juga menerima sijil penghargaan di atas sumbangan pada Jabatan Mufti Kerajaan, manakala seramai enam orang daripada ahli Kumpulan BUF (Bahagian Urusetia Fatwa).

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Rohani Haji Abdul Hamid

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10