FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Persidangan IFABS Memfokuskan Tiga Strategi Utama


MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman selaku Timbalan Pengerusi Autoriti Monetari Brunei Darussalam bergambar ramai bersama para peserta yang mengikuti persidangan berkenaan. |FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 August 17th, 2016  |  11:00 AM  |   1228 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 16 Ogos. – Persidangan Persatuan Kewangan dan Perbankan Antarabangsa (International Finance and Banking Society-IFABS) Asia merupakan forum perbincangan dan analisis kritikal cabaran utama kewangan dan perbankan serta mengukuhkan rangkaian kerjasama dalam kalangan ahli akademik, penggubal dasar, pelajar dan pengamal.

 

Dalam hubungan ini, Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dengan kerjasama beberapa universiti-universiti luar negara seperti Oxford, Nottingham, Sheffield dan Hull Universiti telah mengadakan IFABS Asia 2016 Brunei Darussalam.

 

Persidangan tersebut berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Ogos bertempat di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Jalan Berakas, di sini.

 

160816 AMP1 IFABS

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman selaku Timbalan Pengerusi Autoriti Monetari Brunei Darussalam bergambar ramai bersama para peserta yang mengikuti persidangan berkenaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat dan merasmikan persidangan tersebut ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD.

 

Turut Hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama David Ian Campbell; dan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman.

 

Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan pada persidangan tersebut yang bertemakan 'Corporate Finance Decisions in a Changing Global Environment'.

 

160816 AMP4 IFABS

PENGARAH Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman telah membentangkan kertas tama beliau yang bertajuk ‘Islamic Finance - steps for a better tomorrow’.

 

Sementara itu, Naib Canselor UTB, Professor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluanya berkata persidangan pada tahun ini memfokuskan kepada tiga strategi utama iaitu Pendidikan dan Pembelajaran, Penyelidikan serta Penglibatan Masyarakat.

 

Tambah beliau lagi, persidangan berkenaan sudah pasti akan dapat menyumbang kepada mengukuhkan kemampuan penyelidikan UTB dengan memupuk kerjasama ilmiah dan interaksi dalam menangani isu kritikal bagi masyarakat moden pada masa ini.

 

Turut sama memberikan ucapan pada persidangan tersebut ialah Presiden IFABS, Nottingham Universiti, Profesor Meryem Duygun yang juga selaku Pengerusi IFABS Brunei Darussalam dan Dr. Mark Rhodes dari Hull Universiti.

 

160816 AMP5 IFABS

SEBAHAGIAN daripada warga UTB yang menghadiri Persidangan berkenaan.

Pada persidangan tersebut, Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abdul Rahman telah membentangkan kertas utama beliau yang bertajuk 'Islamic Finance - steps for a better tomorrow'.

 

Dalam pada itu, IFABS ditubuhkan pada tahun 2008 di United Kingdom, dengan lebih 3,500 ahli daripada lebih 60 negara adalah salah satu organisasi terkemuka di dunia khusus untuk menggalakkan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan.

 

Persatuan ini diiktiraf bagi mesyuarat penyelidikan yang berkualiti tinggi dan persidangan yang telah dianjurkan di seluruh dunia.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Nur Asrina Idris

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10