FacebookInstagramTwitterContact

 

Attractive Raya Envelopes           >>           Man United Should Rebuild In The Way Arsenal Have – Mata           >>           Books by Local Writers           >>           Hari Raya Aidilfitri Celebration           >>           Swedish FA Not Considering VAR After Clubs Raise Objections           >>           'Maintaining Healthy and Safety in the Workplace'           >>           In Sheer Dramatic Fashion, Indonesia Move Closer To Olympic Dream With Stunning South Korea Upset           >>           Selection of Village Head Candidate           >>           Alex Morgan Out Injured For San Diego With Olympics Looming           >>           'Sikal Syawal' Event           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Majlis Ilmu 2016 Akan Berlangsung Pada 23-25 Ogos


SETIAUSAHA Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Sulaiman semasa Sidang Media mengenai Majlis Ilmu 2016 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Kementerian Perhubungan.|FOTO : PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali )

 


 August 18th, 2016  |  10:33 AM  |   2976 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Rabu, 17 Ogos. - 'Menjana Perhubungan Berkat dan Selamat Pemangkin Kesejahteraan Ummah' merupakan tema Majlis Ilmu 2016 yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Ogos 2016 di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

 

Majlis Ilmu 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Perhubungan.

 

Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Sulaiman menjelaskan perkara itu pada sesi Sidang Media mengenai Majlis Ilmu 2016 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Kementerian Perhubungan, di sini.

 

Menurut Awang Haji Azhar, tiga acara utama akan diadakan pada sebelah pagi pada ketiga-tiga hari tersebut.

 

Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2016 akan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Selasa, 23 Ogos 2016.

 

Antara acara utama pada majlis perasmian tersebut ialah sesi Ceramah Khas yang akan disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

 

Sementara itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam akan berangkat pada hari kedua, 24 Ogos 2016 pada sesi Ceramah Perdana Majlis Ilmu.

 

Sesi Ceramah Perdana yang bertajuk 'Hubungan Perhubungan Berkat Dengan Kesejahteraan Ummah' akan disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani.

 

Forum Perdana pula akan diadakan pada hari Khamis, 25 Ogos 2016 dan akan diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

 

Antara acara utama bagi Forum Perdana adalah sesi perbincangan yang melibatkan panel-panel forum dari dalam dan luar negara dengan membawa tajuk 'Impak Perhubungan Terhadap Kesejahteraan Ummah'.

 

Majlis Ilmu 2016 juga akan diisikan dengan simposium yang akan diadakan pada sebelah petang mulai Selasa, 23 Ogos sehingga 25 Ogos 2016 di Dewan Persidangan Utama, ICC, di mana sebanyak 17 kertas kerja akan dibentangkan dari 16 orang pembentang.

 

Awang Haji Azhar menjelaskan, buku program bagi Majlis Ilmu akan dimuatkan dalam laman sesawang Majlis Ilmu dan QR Code dan dapat diakses mulai hari ini.

 

Forum kali ini tambahnya, akan menggunakan aplikasi Pigeon Hole iaitu aplikasi yang membolehkan para penonton untuk menyampaikan soalan-soalan kepada pembentang kertas kerja secara 'online' kepada para moderator simposium.

 

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai atur cara bagi kesemua acara Majlis Ilmu, keterangan mengenai penceramah-penceramah, abstrak kertas-kertas kerja dan sebagainya bolehlah melayari laman sesawang Majlis Ilmu yang akan dapat diakses mulai hari ini di alamat 'www.majlisilmu.gov.bn'.

 

Turut hadir pada Sidang Media tersebut ialah Setiausaha Tetap di JPM, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji Abdul Rashid; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di JPM, Awang Hadi bin Haji Husin dan Pemangku Pengarah Penyelidikan dan Perkembangan, Kementerian Perhubungan, Dayang Hajah Lailatul Zuraidah binti Haji Mohd Hussain.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54