FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


DDT Berpesta Gol, 14 - 0


ANTARA aksi perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 diantara Pasukan Orang Kurang Pendengaran (OKP) berjesi hijau dengan Dermaga Daerah Tutong (DDT) berjesi kuning berlangsung Dewan Serbaguna Berakas.ANTARA aksi perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 di antara Pasukan Orang Kurang Pendengaran (OKP) berjesi hijau dengan Dermaga Daerah Tutong (DDT) berjesi kuning berlangsung Dewan Serbaguna Berakas.ANTARA aksi perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 diantara Pasukan Orang Kurang Pendengaran (OKP) berjesi hijau dengan Dermaga Daerah Tutong (DDT) berjesi kuning berlangsung Dewan Serbaguna Berakas.

 


 June 12th, 2021  |  12:05 PM  |   658 views

BERAKAS

 

Pasukan Dermaga Daerah Tutong (DDT) malam tadi berpesta gol setelah mengalahkan pasukan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dengan kiraan 14 - 0 pada siri Perlawanan Liga Futsal Brunei 2021 (BFL 2021) yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini.

 

Gol bagi pasukan DDT dijaringkan oleh Awang Abdul Rahim bin Haji Karim dengan tiga jaringan, Awang Muhd. Ehsan bin Haji Moksin juga menyumbangkan tiga jaringan, Awang Muhd. Asyraf bin Muhammad dan Awang Muhd. Iqbal bin Muhd. Haryadi masing-masing dengan dua jaringan, sementara Awang Hasan bin Asnan, Awang Mohd. Nathan bin Kasah, Awang Muhd. Waie bin Musmuliady dan Awang Muhd. Baihaqy bin Bakir masing-masing menjaringkan sebiji gol pada perlawanan tersebut.

 

Sebaik wisel separuh masa pertama dimulakan, pasukan DDT berjaya mengawal permainan dengan beberapa siri percubaan, sementara pasukan OKP hampir sahaja mengejutkan pihak lawan dengan beberapa peluang menerusi taktik serangan balas.

 

Awang Hasan dari pasukan DDT seterusnya berjaya membolosi gawang lawan seawal minit kelima dengan gol berkenaan dijadikan sebagai titik permulaan pesta gol pada malam berkenaan diikuti dengan gol yang dijaringkan oleh Awang Abdul Rahim selang lima minit kemudian.

 

Permainan hebat daripada Awang Abdul Rahim pada malam tersebut seterusnya menyaksikan beliau menjaringkan gol kedua pada perlawanan berkenaan pada minit ke-13.

 

Pasukan DDT terus memberikan persembahan permainan yang hebat pada malam berkenaan setelah berjaya menjaringkan tiga gol di minit ke-14 yang dijaringkan oleh Awang Muhd. Ehsan dengan dua gol dan Awang Muhd. Asyraf satu gol.

 

Awang Muhd. Ehsan seterusnya berjaya menjaringkan gol di minit ke-21 untuk melengkapkan hatrik beliau pada malam berkenaan.

 

Awang Mohd Nathan, Awang Muhd. Waie, Awang Muhd. Asyraf dan Awang Muhd. Baihaqi seterusnya masing-masing menjaringkan sebiji gol pada perlawanan berkenaan di minit ke-23, 23, 25 dan 27.

 

Perlawanan berkenaan berkesudahan dengan Awang Muhd. Iqbal menjaringkan dua gol untuk pasukan DDT pada minit ke-32 dan 34, manakala Awang Abdul Rahim melengkapkan hatrik beliau pada minit ke-33 menjadikan keputusan berakhir 14 - 0.

 

Pada perlawanan lain, pasukan Shah United turut berpesta gol setelah menumpaskan pasukan Silveredz dengan jaringan 21 - 1.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10