Home > Sports
PMS - LFT Sekadar Seri
ANTARA aksi perlawanan di antara PMS (Jersi biru) menentang LFT (Jersi putih grey) pada Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong.
June 26th, 2021 | 09:16 AM |
587 views
TUTONG
Pada Liga Persatuan Bola Sepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA), Pasukan PMS (Persatuan Melayu Sengkarai) terikat seri 2 - 2 menentang LFT (Luang Femili Tem) pada perlawanan yang berlangsung di Padang Kompleks Sukan Tutong, di sini.
Gol pertama daripada PMS dijaringkan oleh Mohd. Mazazizi Mazlan pada minit ke-21.
Pada minit ke-51, PMS sekali lagi berjaya menjaringkan gol yang disumbangkan oleh Pengiran Md. Firdaus Pengiran Haji Mohd. Salleh.
Pada perlawanan babak pertama itu menyaksikan PMS berjaya menguasai permainan, namun serangan balas daripada LFT hampir sahaja membuahkan hasil tetapi berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang PMS.
Dalam babak kedua pula menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun permainan lebih dikuasai oleh PMS.
Seterusnya, LFT berjaya menjaringkan gol tunggal pada minit ke-69 hasil sepakan penalti, Rezecon Rasian.
Pada minit ke-73, LFT berjaya menyamakan kedudukan dengan jaringan gol daripada Hamizan Muhd. Hakimi.
Perlawanan berakhir dengan jaringan 2 - 2 sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]