FacebookInstagramTwitterContact

 

How Curcumin Could Revolutionize BOWEL CANCER PREVENTION           >>           People Struggle To Understand What's Really Happening In 'Genius' Optical Illusion           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Tia Mowry And Tamera Mowry's Candid Confessions May Make You Do A Double Take           >>           Bachelor Nation’s Peter Kraus Engaged To Girlfriend Hana Ostapchuk After One Year Of Dating           >>           Switzerland Beat Iceland To Keep Knockout Hopes Alive At Euros           >>           Euro 2025: Norway On Brink Of Quarterfinals After Finland Win           >>           Jhon Duran Joins Fenerbahce On Loan 6 Months After Al Nassr Transfer           >>           First Round Of Gaza Ceasefire Talks Ends Without Breakthrough           >>           Eurostar Train Evacuated During Nine-Hour Delay In Northern France           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


KUPU SB Mara Ke Suku Akhir


ANTARA aksi menarik perlawanan diantara KUPU SB (Jersi Merah Jambu) lawan Cosmopolitan College (Jersi Biru)ANTARA aksi menarik perlawanan diantara KUPU SB (Jersi Merah Jambu) lawan Cosmopolitan College (Jersi Biru)

 


 July 7th, 2021  |  10:25 AM  |   978 views

TUNGKU LINK

 

Pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berjaya mara ke peringkat suku akhir bagi Kejohanan Bola Sepak Universiti Brunei Darussalam (UBD) 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi setelah menewaskan pasukan Cosmopolitan College dengan jaringan 4 - 1, yang berlangsung di Padang 'A', Kompleks Sukan UBD, di sini.

 

Azizi Hamiz Hazis muncul wira bagi KUPU SB setelah menjaringkan dua gol pada perlawanan berkenaan, sementara Md. Faez Zakaria dan Md. Amirul Hafizan Hashim, masing-masing menjaringkan sebiji gol bagi pasukan KUPU SB pada perlawanan berkenaan.

 

Gol tunggal bagi pasukan Cosmopolitan College pula dijaringkan oleh Abdul Wa'ie Haji Md. Hafiy.

 

Pada separuh masa pertama menyaksikan KUPU SB berjaya mengawal permainan dengan bijak, seterusnya berjaya menjaringkan gol dari jarak jauh yang menewaskan penjaga gawang Cosmopolitan College menerusi Md. Faez Zakaria seawal minit ke-11.

 

Penjaga gawang Cosmopolitan College membuat kesilapan setelah melambungkan bola tepat ke arah Md. Amirul Hafizan Hashim, yang kemudiannya menanduk bola berkenaan kepada Azizi Hamiz Hazis, yang dalam posisi 'one-on-one' memanfaatkan peluang keemasan berkenaan apabila berjaya menjaringkan gol dengan tenang pada minit ke-34.

 

Perlawanan berkenaan, seterusnya menyaksikan pemain sayap kiri KUPU SB, Salahuddin Al-Ayubi Haji Abas beraksi cemerlang dengan melakukan gerakan bijak melepasi pemain pertahanan Cosmopolitan College dari sudut kiri, seterusnya memberikan umpanan cantik kepada Md. Amirul Hafizan Hashim yang kemudiannya menjaringkan dengan mudah dari jarak dekat, pada minit ke-38 untuk mendahului 3 - 0 hingga ke wisel penamat babak pertama.

 

Babak kedua perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. KUPU SB hampir sahaja menjaringkan gol pada minit ke-45 apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat KUPU SB, namun penjaga gawang Cosmopolitan College, Md. Haziq Haji Armi Noor berjaya menyelematkan sepakan penalti berkenaan.

 

Cosmopolitan College cuba bangkit dan berjaya memperoleh gol menerusi sepakan percuma yang disudahi dengan bijak oleh Abdul Wa'ie Haji Md. Hafiy, pada minit ke-53 untuk menjadikan keputusan sementara menjadi 3 - 1.

 

Dalam keghairahan kedua-dua pasukan menambah gol, KUPU SB sekali lagi dihadiahkan dengan sepakan penalti apabila penjaring gol pertama bagi Cosmopolitan College, Abdul Wa'ie Haji Md. Hafiy melakukan 'professional foul' dan dilayangkan kad merah, pada minit ke-57 dan memaksa Cosmopolitan College bermain dengan 10 orang.

 

Walaupun bermain dengan 10 orang, namun penjaga gawang Cosmopolitan College, Md. Haziq Haji Armi Noor beraksi cemerlang apabila beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti bagi kali kedua pada perlawanan tersebut.

 

Apabila perlawanan berbaki 20 minit, KUPU SB dihadiahkan dengan sepakan percuma dan diambil dengan baik juga bijak oleh Azizi Hamiz Hazis apabila sepakan percuma beliau berjaya menembusi gawang Cosmopolitan College untuk menjaringkan gol kedua beliau pada perlawanan berkenaan bagi KUPU SB, pada minit ke-60.

 

Keputusan 4 - 1 tersebut kekal hingga pengadil meniupkan wisel penamat pada perlawanan berkenaan.

 

Format perlawanan bagi Kejohanan Bola Sepak UBD 2021 Antara Institusi-institusi Pengajian Tinggi tersebut adalah 40 minit bagi setiap babak atau separuh masa.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

How Trump's Tariff Chaos Could Reshape Asia's Businesses

 2025-07-07 10:22:30

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58