Home > Sports
Street United Berpesta Gol
ANTARA aksi perlawanan di antara pasukan RS FT dengan pasukan Street United.
July 17th, 2021 | 09:22 AM | 917 views
BERAKAS
Liga Futsal Brunei 2021 (BFL 2021), yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Stadium Negara Hassanal Bolkiah hari ini menyaksikan Pasukan Street United berpesta gol setelah menewaskan Pasukan RS FT.
Benteng RS FT mula digegarkan oleh Street United dengan gol pertama mereka melalui Md. Nur Azees bin Awang Ali seawal minit ke-6 di separuh masa pertama.
Nasib terus tidak menyebelahi RS FT apabila Muhd. Haneesuddin bin Sakdon membuat kesilapan kerana menjaringkan gol ke gawang sendiri pada minit ke-18.
Pada separuh masa kedua, Street United tetap tidak memberi peluang kepada pasukan lawan, malah berjaya menambah satu lagi gol pada minit ke-23 melalui Md. Sulaiman bin Haji Abd. Rahim.
Penyokong Street United semakin bersorak riang apabila jaringan gol terus bertambah menerusi Md. Ulfi bin Aminuddin pada minit ke-34 dan Nur Adi Zulhusni bin Jufeeri pada minit ke-38.
Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Sementara itu, dalam perlawanan berasingan dalam liga tersebut menyaksikan perlawanan antara pasukan Kota Ranger dan pasukan Silveredz berakhir dengan jaringan 18 - 0.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]