FacebookInstagramTwitterContact

 

Plums: A Superfood For Digestive Health And Beyond           >>           The Miracle Of MORINGA: Unveiling The Power Of Nature’s Most Versatile Superfood           >>           'My Neighbours Had Wild Reaction When I Parked In Public Spot – It's Exhausting'           >>           Pregnant Tiktok Chef Tineke "Tini" Younger And Antoine Wright Jr. Reveal Sex Of Their Twin Babies           >>           Everything The Kardashian-Jenners Have Shared About Their Plastic Surgery           >>           Water Supply Disruptions           >>           Cleaning Works           >>           Strategic Plan for Prevention of Obesity           >>           Fairphone 6 Lands A Perfect 10 For Repairability           >>           Blood Donation Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 04:34 AM

Subuh

: 04:44 AM

Syuruk

: 06:09 AM

Doha

: 06:33 AM

Zohor

: 12:22 PM

Asar

: 03:48 PM

Maghrib

: 06:34 PM

Isyak

: 07:49 PM

 



The Business Directory


 

 



Sports


  Home > Sports


Kasuka & Ar Rawda Menang Besar


SEBAHAGIAN aksi pada perlawanan Liga Futsal Brunei antara pasukan Kasuka & Ar Rawda dan Syahkampong FT

 


 August 4th, 2021  |  10:13 AM  |   8743 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Pasukan Kasuka & Ar Rawda menambah koleksi kemenangan selepas menang bergaya ke atas Syahkampong FT dengan jaringan 11 - 1 dalam Kumpulan 'B' bagi saingan Liga Futsal Brunei 2021 (BFL 2021), yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison, di sini.

 

Kasuka & Ar Rawda memulakan perlawanan dengan langkah kanan apabila berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Mohammad Nor Azizam bin Roslan dan selang satu minit kemudian, Awangku Muhammad Naqib bin Pengiran Timbang menggandakan jaringan buat Kasuka & Ar Rawda, sekali gus mendahului perlawanan dengan jaringan 2 - 0.

 

Benteng pertahanan Syahkampong FT digempur sekali lagi apabila Ahmad 'Afif As'ad bin Haji Ali menjaringkan gol ketiga buat Kasuka & Ar Rawda dan tidak lama selepas itu, Awangku Muhammad Naqib sekali lagi membolos gawang Syahkampong FT untuk mendahului dengan selesa, 4 - 0.

 

Pada minit ke-13, Awang Muhammad Naqib berjaya mencatat hatrik, sekali gus menjadikan kedudukan 5 - 0.

 

Kasuka & Ar Rawda terus mengukuhkan kedudukan selang beberapa minit kemudian menerusi jaringan sendiri oleh pemain Syahkampong FT, Md. Nurul Qayyum bin Morsidi ke gawang sendiri pada minit ke-19.

 

Kasuka & Ar Rawda terus menggegar gawang Syahkampong FT menerusi jaringan Ahmad 'Afif As'ad, pada minit ke-26 untuk terus mengungguli perlawanan dengan jaringan 7 - 0.

 

Pada minit ke-28 dan ke-30, Kasuka & Ar Rawda terus berada di depan apabila Mohammad Hazlantul Khairul Zaman menjaringkan dua gol, sekali gus menjadikan kedudukan 9 - 0.

 

Usaha dan semangat para pemain Syahkampong FT akhirnya membuahkan hasil dan berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi jaringan Abd. Faiz bin Zaini, pada minit ke-32.

 

Namun, semangat juang para pemain Kasuka & Ar Rawda tidak terhenti setakat di situ apabila Muhammad Nur Bazli bin Awang Basar dan Adde Ismawi bin Gudang, masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-38 dan ke-39 untuk menjadikan kedudukan 11 - 1 hingga pengadil menamatkan perlawanan, seterusnya memberikan kemenangan mutlak kepada Kasuka & Ar Rawda.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Australian PM Vows 'Full Force Of Law' After Arson Attack At Synagogue

 2025-07-06 01:06:11

Crying At Work: A Sign Of Strength, Weakness Or Just Being Human?

 2025-07-06 01:39:58