Home > Sports
PANTAS Charity Drive Kumpul Dana Untuk Palestin
YANG Dipertua PANTAS, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Abdul Rahim semasa menyampaikan hadiah kepada johan, iaitu pasukan Chaos Bandits pada PANTAS Charity Drive 2021 bertempat di Paintball Arena Jerudong (PAJ).
August 5th, 2021 | 10:32 AM | 17890 views
JERUDONG
Persatuan Paintball Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PANTAS) baru-baru ini menganjurkan PANTAS Charity Drive 2021, bertempat di Paintball Arena Jerudong (PAJ).
PANTAS Charity Drive 2021 menampilkan perlawanan 5 lawan 5 sepasukan yang disertai oleh sebanyak 11 pasukan yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi meringankan penderitaan rakyat Palestin.
Muncul johan pada PANTAS Charity Drive 2021 tersebut adalah pasukan Chaos Bandits setelah berjaya menewaskan pasukan Ignite dengan format perlawanan ‘race to two’ selama enam minit dengan hanya menggunakan dua ‘pods’ dan satu ‘loader’.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Yang Dipertua PANTAS, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Abdul Rahim.
Perlawanan dibukakan kepada semua pemain ‘paintball’ di Negara Brunei Darussalam yang bertujuan untuk menguji tahap kemahiran berkomunikasi, merancang strategi, taktik dan pergerakan secara berpasukan.
Selain itu, ia dapat mengeratkan silaturahim di antara semua pemain ‘paintball’ di negara ini, sekali gus memperkembangkan lagi sukan ‘paintball’ di negara ini.
Kejohanan turut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) dan PAJ.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]