FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Larian Hari Keputeraan Dapat Sambutan


MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat bergambar ramai dengan para pemenang Larian Hari Keputeraan 2016, Daerah Belait.

 


 September 5th, 2016  |  10:53 AM  |   2168 views

BELAIT

 

Ahad, 4 September. - Larian Hari Keputeraan 2016 Daerah Belait yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan dengan sokongan dari Persekutuan Olahraga Brunei Darussalam sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun telah diadakan di Taman Persiaran, Jalan Sungai Kuala Belait, di sini.

 

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat pada acara larian berkenaan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Hadiah pertama, kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai, pingat dan sijil penyertaan manakala hadiah istimewa, iaitu wang tunai berserta pingat diberikan kepada peserta ke-70 sampai ke garisan penamat.

 

Bagi peserta larian, Dayang Salamah binti Haji Bujang, 32, menjelaskan, ia merupakan penyertaannya yang keempat dan melahirkan rasa gembira kerana berpeluang berlari beramai-ramai, di samping membuat aktiviti sihat.

040916 LHKB NOR-2

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 

Beliau bekerja sebagai Jurubahasa di Mahkamah Majistret Kuala Belait yang menyertai Kategori Fun Run mengakui mendapat galakan serta sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.

 

Beliau juga memberi saranan agar larian seumpama itu diadakan selalu agar masyarakat sentiasa peka terhadap kehidupan sihat dan berkualiti.

 

Larian yang bermula di Jalan Sungai Kuala Belait dan berakhir di Taman Persiaran itu telah disertai oleh 97 orang bagi Kategori Terbuka Lelaki; 28 orang menyertai Kategori Terbuka Wanita; seramai 21 orang menyertai Kategori Remaja 17 Tahun Ke Bawah Lelaki; manakala seramai 23 orang menyertai Kategori Remaja 17 Tahun Ke Bawah Perempuan dan seramai 351 orang menyertai Kategori Fun Run yang membawa jumlah penyertaan seramai 520 orang.

040916 LHKB NOR-3

DAYANG Salamah binti Haji Bujang ketika ditemu bual Pelita Brunei.

Larian Hari Keputeraan diadakan bertujuan untuk memeriahkan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70.

 

Selain menggalakkan masyarakat Brunei mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.

 

Ia juga dihasratkan dapat memupuk perpaduan, persefahaman serta kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat demi pembangunan juga kemajuan sukan untuk negara.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Noraisah Muhammed

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10