FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


4,376 Sertai Larian Hari Keputeraan 2016


ACARA pelepasan larian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat.

 


 September 5th, 2016  |  10:55 AM  |   1801 views

BERAKAS

 

Ahad, 4 September. - Seramai 4,376 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur dari Daerah Brunei dan Muara mengambil bahagian dalam Larian Hari Keputeraan 2016 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70.

 

Larian yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah tersebut dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.

 

040916 LHKBM HAMZAH-4

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Menteri Pendidikan ketika melakukan sesi senaman pemanasan badan bersama para peserta larian sebelum acara pelepasan.

 

Acara pelepasan larian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat.

 

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong bersama Menteri Pendidikan menyertai Larian Hari Keputeraan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

040916 LHKBM HAMZAH-9

ACARA pelepasan larian disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat.

 

Sebelum acara pelepasan, semua peserta terlebih dahulu melakukan sesi senaman pemanasan badan.

 

Pada Larian Hari Keputeraan tersebut, Awangku Md. Mazni bin Pengiran Saifuddin dan Yvette Kortekas masing-masing memenangi Kategori Tebuka Lelaki dan Wanita, manakala Kategori Veteran 70 Tahun Lelaki dimenangi oleh Kapten (B) Haji Osman bin Haji Lahab.

 

040916 LHKBM HAMZAH-11

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Menteri Pendidikan menyertai Kategori Fun Run.

 

Sementara itu, johan bagi Kategori Veteran 45 Tahun Ke Atas Lelaki dan Wanita masing-masing disandang oleh Ramlan bin Haji Maarof dan Airince Liam.

 

Bagi Kategori Remaja 17 Tahun Ke Bawah Lelaki dan Perempuan pula masing-masing dimenangi oleh Ahmad Yazid bin Awang Hidop dan Shana Holmes.

 

040916 LHKBM HAMZAH-12

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Remaja 17 Tahun Ke Bawah Lelaki, Ahmad Yazid bin Awang Hidop.

 

Manakala, Amiruddin bin Haji Mohd. Zain dan Nursakinah binti Sikin masing-masing menjuarai Kategori Orang Berkeperluan Khas Intelek / Pendengaran Lelaki dan Wanita.

 

Kategori Fun Run sejauh 3 kilometer turut diadakan pada larian tersebut.

 

040916 LHKBM HAMZAH-13

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Tebuka Lelaki, Awangku Md. Mazni bin Pengiran Saifuddin.

 

Acara Larian Hari Keputeraan yang diadakan serentak di keempat-empat daerah ini adalah pendekatan untuk rakyat dan penduduk di negara ini bagi merafakkan kesyukuran dan merayakan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui cabang sukan.

 

040916 LHKBM HAMZAH-14

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Veteran 45 Tahun Ke Atas Lelaki, Ramlan bin Haji Maarof.

 

Di samping itu, ia sekali gus menggalakkan masyarakat di negara ini mengamalkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan serta memupuk perpaduan, persefahaman juga kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat demi pembangunan dan kemajuan sukan untuk negara.

 

040916 LHKBM HAMZAH-15

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Veteran 70 Tahun Lelaki dimenangi oleh Kapten (B) Haji Osman bin Haji Lahab.

 

 

Buat julung kalinya Larian Hari Keputeraan juga dikepalai oleh Menteri-Menteri Kabinet sebagai manifestasi sukan, tidak mengira strata sosial untuk bergaul dan beramah mesra yang merupakan amalan masyarakat Brunei.

 

Salah seorang peserta Kategori Fun Run, Norhamizah binti Nordin berpendapat, acara sebegini perlu diadakan dengan lebih kerap bagi menggalakkan orang ramai untuk menjaga kesihatan apatah lagi pada masa ini, isu obesiti dilaporkan meningkat di negara ini.

 

040916 LHKBM HAMZAH-16

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Tebuka Wanita, Yvette Kortekas.

 

 

"Di samping itu, kita dapat meluangkan masa bersama keluarga apabila aktiviti ini dilakukan bersama mereka," katanya kepada Pelita Brunei.

 

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Dayangku Siti Noor Azlina binti Pengiran Sani, juga peserta Kategori Fun Run, di mana acara ini perlu digalakkan lagi bagi meningkatkan kesihatan dan sekali gus mengeratkan lagi ubungan sesama keluarga.

 

040916 LHKBM HAMZAH-18

 

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) menyampaikan hadiah kepada johan Kategori Remaja 17 Tahun Ke Bawah Perempuan, Shana Holmes.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Marlinawaty Hussin

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10