FacebookInstagramTwitterContact

 

Failing to Pay Employee Contribution           >>           'Operasi Kabat'           >>           Announcement of New Publication Book of Department of Museums           >>           Contract Signing           >>           'Musyawarah Mastera 2024'           >>           4WD Ambulance Handover Ceremony           >>           Seminar on Reginal Climate Action Collaboration           >>           Haj and Umrah Review Session           >>           Official Visit to the Consulate General of Brunei Darussalam           >>           Advance Check-In for Intending Haj Pilgrims           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ABDB Perlukan Pemimpin Tinggi Pengetahuan


EMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah (tiga dari kanan) ketika hadir pada Majlis pada Perasmian Kursus Latihan Pentauliahan 2016 / 2017 Akademi Pertahanan ABDB, di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan, ABDB. Turut hadir ialah Komandar-komandar Perkhidmatan, Pengarah-pengarah, Komandan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Akademi Pertahanan bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga para Pegawai Kadet.|FOTO: PELITA BRUNEI (Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

 


 September 10th, 2016  |  11:22 AM  |   4736 views

TANAH JAMBU

 

Jumaat, 9 September. - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah, menyeru semua pegawai-pegawai kadet supaya sentiasa tekun dan jangan berputus asa, di samping menerima semua ilmu yang diajarkan secara positif dan terbuka.

 

Yang Dimuliakan Pehin membuat seruan itu ketika berucap pada Perasmian Kursus Latihan Pentauliahan 2016 / 2017 Akademi Pertahanan ABDB, di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan, ABDB, di sini.

 

090916 AMP4 ABDB

PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah semasa berucap dan seterusnya merasmikan Kursus Latihan Pentauliahan 2016 / 2017 Akademi Pertahanan ABDB, di Dewan Auditorium, Akademi Pertahanan, ABDB.

 

Seramai 34 Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 yang baru dilantik terdiri daripada 17 Pegawai Kadet Lelaki dan 17 Pegawai Kadet Wanita dipilih bagi mengikuti Kursus Latihan Pentauliahan 2016 / 2017 Akademi Pertahanan ABDB.

 

Katanya, dengan berbekalkan prinsip dan semangat yang kuat beliau percaya ia akan dapat membentuk para pegawai kadet menjadi pemimpin berwibawa dan bijaksana juga sebagai generasi yang berani mempertahankan maruah serta kedaulatan raja, kesucian ugama dan kelangsungan 'survival' bangsa dan negara.

 

"Proses penghasilan pegawai-pegawai ABDB adalah suatu proses yang bersistematik dan teliti, bermula dengan pemilihan calon-calon yang dinilai bersesuaian bagi mengikuti latihan pegawai kadet adalah berdasarkan kekuatan fizikal, daya akal pemikiran serta potensi awal sebagai bakal pegawai," jelasnya.

 

Seterusnya, latihan pegawai kadet selama 52 minggu yang sangat mencabar dan bakal menguji semangat serta daya tahan para pegawai kadet, di mana jelasnya, penilaian prestasi para pegawai kadet akan dibuat secara progresif dan adil yang mana mereka akan ditunjuk ajar dan dibimbing oleh jurulatih yang terpilih.

 

Selaras dengan Wawasan Brunei 2035, ABDB tegasnya, memerlukan para pemimpin yang mempunyai latar belakang pendidikan juga pengetahuan yang tinggi sebagai generasi pelapis untuk merancang dan menangani hala tuju ABDB di masa akan datang.

 

Beliau menambah, konsep pembelajaran sepanjang hayat juga turut dititikberatkan, kerana pembelajaran dan pendidikan pegawai tentera tidak akan pernah berhenti bagi memastikan bahawa mereka itu sentiasa berfikiran serta bersikap dinamik juga progresif mengikut perkembangan semasa.

 

Sekolah itu terangnya, juga memfokuskan pada perubahan individu menjadi seorang pemimpin tentera berdasarkan prinsip setia, takwa dan berani, di mana perubahan progresif ini bersifat mental serta fizikal seperti beliau sebutkan lebih awal dan merupakan sesuatu yang sangat mencabar terutama sekali pada tiga bulan pertama kursus itu diadakan.

 

"Mempelajari sesuatu yang baharu adalah tidak mudah. Tapi Peramba / Saya percaya kehendak dan cita-cita akan membantu para pegawai kadet untuk mengatasi segala cabaran."

 

"Harapan Negara amatlah tinggi kepada mereka, di samping harapan keluarga yang ingin melihat mereka maju dan mampu berdaya saing demi untuk mencapai wawasan organisasi. Banyak latihan-latihan dan pembelajaran akan mereka lalui yang akan dapat membantu mereka semasa bertugas di unit nanti," ujarnya lagi.

 

Semua ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga para pegawai kadet diharap untuk sentiasa memberikan sokongan padu kepada anak-anak atau ahli keluarga mereka yang akan memulakan sesi latihan pada hari ini.

 

Katanya lagi, latihan-latihan yang mencabar tersebut setentunya memerlukan fokus dan usaha yang bersungguh-sungguh serta konsisten, juga di dalam menyediakan para pegawai kadet untuk menjadi pemimpin tentera, banyak faktor yang telah diambil kira dan diteliti merangkumi aspek kesesuaian tambah nilai, keselamatan, disiplin dan keseragaman.

 

Dari itu, beliau juga turut mengingatkan kepada semua para ibu bapa, penjaga dan ahli keluarga para pegawai kadet untuk memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Sekolah Pegawai Kadet di dalam menjalankan proses dan prosedur-prosedur latihan demi mencapai tujuan serta matlamat, iaitu untuk menyediakan anak-anak mereka menjadi pegawai tentera yang berkaliber, jelasnya mengakhiri ucapan.

 

Pada 5 hingga 9 Ogos lalu, para pegawai kadet berkenaan melalui Suruhanjaya Lembaga Angkatan Tentera (Armed Forces Commission Board) dinilai potensi mereka untuk menjadi Pegawai Tentera di dalam ABDB, yang mana antara penilaian utamanya terdiri dari kepimpinan, pemikiran kritis dan kecergasan fizikal.

090916 AMP1 ABDB

PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah semasa memasangkan Lencana Pangkat kepada seorang pegawai kadet pada Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB yang berlangsung di Dewan Istiadat (Ceremonial Hall), Akademi Pertahanan ABDB.

 

Para Pegawai Kadet akan memulakan kursus pentauliahan mereka selama 52 minggu di Akademi berkenaan, yang memfokuskan untuk membangunkan Kemahiran Kepimpinan Tentera mereka selain turut meningkatkan watak dan kekuatan pemikiran mereka bagi mempersiapkan diri untuk pelantikan pertama mereka sebagai Pegawai yang baru ditauliahkan dalam perkhidmatan masing-masing.

 

Di akhir Kursus Pentauliahan itu nanti akan diadakan Sovereign's Parade bagi Pengambilan Ke-16 yang akan berlangsung pada bulan September 2017 dan mereka yang berjaya menamatkan kursus berkenaan akan menerima latihan khusus mengikut kerjaya masing-masing.

 

Terdahulu sebelum itu di sebelah paginya juga telah diadakan Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB yang berlangsung di Dewan Istiadat (Ceremonial Hall), Akademi Pertahanan ABDB, di sini.

090916 AMP2 ABDB

PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah semasa memasangkan Lencana Pangkat kepada seorang pegawai kadet pada Majlis Kenaikan Pangkat Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB yang berlangsung di Dewan Istiadat (Ceremonial Hall), Akademi Pertahanan ABDB.

 

Seramai 34 orang telah dilantik sebagai Pegawai Kadet terdiri daripada 17 Pegawai Kadet Lelaki dan 17 Pegawai Kadet Wanita, dan Majlis Kenaikan Pangkat tersebut telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

 

Kesemua Pegawai Kadet Pengambilan Ke-16 yang baru dilantik itu akan memulakan Kursus Latihan Pentauliahan 2016 / 2017 yang akan dilaksanakan di akademi berkenaan selama tempoh 52 minggu.

 

Turut hadir ialah Komandar-komandar Perkhidmatan, Pengarah-pengarah, Komandan, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Akademi Pertahanan bersama-sama dengan ahli-ahli keluarga para Pegawai Kadet.

 

Sejak penubuhan Sekolah Pegawai Kadet pada tahun 2008 lalu, ia telah berjaya melahirkan 336 pegawai muda yang berkaliber dan menjadi sebahagian dari teras rangkaian kepimpinan ABDB.

 

Pegawai-pegawai muda tersebut telah banyak memberikan sumbangan yang membanggakan kepada organisasi sebagai contoh Juruterbang dan anak buah kapal termasuk pegawai-pegawai lain mengikuti misi pengaman antarabangsa UNIFIL di Lubnan dan IMT di Mindanao.

 

Selain itu, mereka juga menjadi pelapis dan jurulatih di dalam Sekolah Pegawai Kadet ini sendiri serta menyumbang kecemerlangan di dalam bidang masing-masing, selain Sekolah Pegawai Kadet Akademi Pertahanan ABDB ini juga berusaha untuk membina imej di peringkat serantau.

 

Antara latihan-latihan dua hala yang telah dikendalikan adalah bersama Officer Cadet School (OCS) New Zealand yang memperlihatkan lagi kemantapan dan kejayaan kedua-dua pihak di dalam membentuk pemimpin tentera yang cemerlang, di samping itu, Sekolah Pegawai Kadet ini juga telah merancang untuk mengadakan latihan bersama dengan OCS SAFTI MI, Republik Singapura.

 

Melalui latihan dua hala itu, pegawai-pegawai kadet dapat bertukar-tukar pengalaman dan idea, di samping mengukuhkan lagi platform pengetahuan serta persahabatan di antara kedua-dua buah negara, dan melalui latihan seumpama ini juga telah mempertingkatkan Diplomasi Pertahanan dan seterusnya keyakinan, keupayaan serta profesionalisme di antara angkatan tentera yang terlibat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by BruDirect.com

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

'Stop Threatening Taiwan', Its New President William Lai Tells China

 2024-05-21 00:38:29

Water Investors Have Withdrawn Billions, Says Research

 2024-05-21 01:28:04