FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ibadah Korban Sangat Dituntut Islam


MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan pengagihan daging korban kepada penerima.|FOTO: PELITA BRUNEI (Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali)

 


 September 14th, 2016  |  11:34 AM  |   1091 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 13 September. - Dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha juga bagi menghayati pengajaran serta iktibar di dalamnya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) juga jabatan-jabatan di bawahnya turut mengadakan Majlis Ibadah Korban.

 

Pengagihan daging korban yang berlangsung di bangunan kementerian telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

 

Pada majlis berkenaan, penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Isham bin Ismail dalam tazkirahnya antara lain menjelaskan, ibadah korban merupakan satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam kerana banyak mengandungi banyak fadilat dan ganjaran bagi yang melaksanakannya.

 

Ibadah itu katanya, dapat menghidupkan Sunnah Nabi Ibrahim Alaihissalam dan dari itu juga kita dapat iktibar dan pengajaran tentang erti ketaatan kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

 

130916 KKBS HJMAS-3

PENCERAMAH dari Pusat Da'wah Islamiah, Awang Isham bin Ismail semasa menyampaikan tazkirah.

 

Awang Isham juga menerangkan fadilat ibadah sunat 'muakkad' itu, selain mengikis sifat tamak, ia juga mampu mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah dan melahirkan rasa syukur kepada-Nya.

 

Fadilat ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah itu menghapus dosa kecil serta mengharap keredaan Allah, menyemai dan menanamkan sifat murni ke dalam diri juga menjalin hubungan kasih mesra sesama manusia.

 

Terdahulu, Yang Berhormat menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah di surau kementerian itu yang diimamkan oleh Awang Haji Abd. Halim bin Haji Fuad dan diteruskan dengan takbir hari raya.

 

Warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya pada tahun ini mengorbankan sebanyak seekor kerbau dan seekor sapi. Kemudian ia diagihkan kepada 100 penerima yang kurang berkemampuan, iaitu terdiri daripada 50 warga KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya serta selebihnya kepada golongan asnaf fakir dan miskin.

 

Juga hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila bin Dato Paduka Haji Abdul Jalil serta pegawai-pegawai kanan dan para pegawai KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10