FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Raih Ganjaran Pahala Melalui Ibadah Korban


ENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kanan) menyampaikan agihan daging korban kepada penerima. |FOTO: PELITA BRUNEI (Azmah Haji Ahad )

 


 September 14th, 2016  |  11:36 AM  |   1359 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Selasa, 13 September. - Ibadah korban yang dilaksanakan oleh umat Islam dalam sama-sama menyambut Hari Raya Adiladha setentunya untuk meraih ganjaran pahala melalui ibadah tersebut.

 

Ganjaran pahala yang diperolehi itu semestinya melalui pengagihan daging-daging korban terutama bagi mereka yang berhak menerima.

 

Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), di Jalan Kebangsaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

 

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan timbalan-timbalan pengarah serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

 

13092016 AZMAH KDN KORBAN 1

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat majlis.

 

Majlis yang dikendalikan oleh JIPK itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Imigresen Kanan, Awang Haji Halidi bin Haji Ahmad.

 

Ini kemudian diteruskan dengan acara pengagihan daging korban kepada 30 penerima oleh tetamu kehormat.

 

Pada tahun ini, sebanyak lima ekor kerbau telah dikorbankan bersempena Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 1437H.

 

Pelita Brunei sempat menemu bual beberapa penerima daging-daging korban, Dayang Hajah Ratna binti Haji Ahmad, 50, melahirkan ucapan terima kasih dan syukur kerana mendapat perhatian oleh yang berwajib dalam pemberian daging korban.

 

Beliau yang berasal dari Kampung Pulaie juga melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menikmati

pemberian daging korban.

13092016 AZMAH KDN KORBAN 6

DAYANG Hajah Ratna binti Haji Ahmad.

 

13092016 AZMAH KDN KORBAN 7

 

PENGIRAN Zahari bin Pengiran Momin.

Dayang Hajah Ratna seterusnya mendoakan agar bagi yang telah bermurah hati menderma diberkati dan diberi kesihatan yang berpanjangan, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan.

 

Katanya, amalan bersedekah seharusnya akan terus diperbanyakkan kerana di negara kita ada sebahagiannya yang kurang berkemampuan.

 

Bagi Pengiran Zahari bin Pengiran Momin, 54, yang berasal dari Kampung Delima Satu juga turut melahirkan rasa syukur terima kasih ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana terpilih menerima daging ibadah korban.

 

Jelasnya, ibadah korban semestinya satu ibadah yang memberi kebaikannya bagi umat Islam di dunia dan akhirat.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by Saerah Haji Abdul Ghani

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10