FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Lelaki Tempatan Didakwa Atas 7 Pertuduhan


 


 March 27th, 2022  |  12:28 PM  |   585 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang lelaki warga tempatan, Muhd. Sukar Dini bin Haji Mohidini, dijatuhkan hukuman 33 bulan penjara setelah gagal membayar denda BND55,000 di Mahkamah Majistret, hari ini.

 

Hukuman ke atas Muhd. Sukar Dini itu dijatuhkan oleh Majistret Nur Eleana binti Dato Seri Paduka Haji Hairol Arni.

 

Muhd. Sukar Dini, berumur 42 tahun, didakwa atas tujuh pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22; di bawah Seksyen 140 (1) (d) Perintah Kastam 2006 dan dihukum bersama di bawah Seksyen 140 (1) (iii) akta yang sama; di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006 dan dihukum bersama di bawah Seksyen 146 (1) (ia) akta yang sama; di bawah Seksyen 6 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27; di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 juga di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.

 

Bagi pertuduhan pertama di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22, Muhd. Sukar Dini, pada 22 Disember 2021, melakukan kesalahan, iaitu mencuri 150 keping 'metal bracing' berukuran 3 inci setiap satu dan 150 keping 'hollow pipe' 10 sentimeter x 1.5 meter setiap satu kepunyaan salah sebuah syarikat swasta.

 

Pada 25 Disember 2020, defendan melakukan pertuduhan di bawah Seksyen 140 (1) (d) Perintah Kastam 2006 dan dihukum bersama di bawah Seksyen 140 (1) (iii) akta yang sama dengan defendan melakukan kesalahan memiliki barang tegahan, iaitu 70 kotak x 20 kilogram daging beku jenama Allana yang dijumpai di Kampung Menengah, Jalan Kastam Lama, Temburong.

 

Pada hari yang sama, iaitu pada 25 Disember 2020, defendan melakukan kesalahan memiliki satu karton x 10 paket x 16 batang rokok jenama L.A Ice juga ditemui di Kampung Menengah, Jalan Kastam Lama, Temburong di bawah Seksyen 146 (1) (d) Perintah Eksais, 2006 dan dihukum bersama di bawah Seksyen 146 (1) (ia) akta yang sama.

 

Defendan seterusnya melakukan pertuduhan di bawah Seksyen 6 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27, pada 25 Disember 2020, iaitu memiliki 1.66 gram Methylamphetamine yang mengandungi 2.16 gram 'clear crystal' yang dijumpai di sebuah perahu di Kampung Menengah, Jalan Kastam Lama, Temburong.

 

Bukan itu sahaja, defendan juga memakan dadah terkawal jenis 'A' Methylamphetamine, di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.

 

Selain itu, defendan melakukan pertuduhan di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 dan defendan juga memiliki peralatan bagi menghisap dadah yang dijumpai di Kampung Menengah, Jalan Kastam Lama, Temburong.

 

Kemudian pada 31 Ogos 2019, defendan pernah melakukan kesalahan, iaitu memakan dadah terkawal jenis 'A' Methylamphetamine di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27.

 

Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10