Home > Sports
Skuad Negara Tetap Bersemangat
April 6th, 2022 | 09:07 AM | 2763 views
BANGKOK, THAILAND
Skuad Futsal Kebangsaan Brunei Darussalam mengakhiri Kejohanan AFF Futsal mereka di Bangkok dengan perlawanan menentang pasukan Malaysia, berkesudahan 10-0, yang berpihak kepada pasukan Malaysia.
Pasukan kebangsaan tidak mempunyai peluang untuk mara ke suku akhir, dengan membawa rekod kalah dua perlawanan dan satu seri sebelum ini.
Walaupun Brunei menamatkan kejohanan tanpa kemenangan, namun corak permainan mereka bertambah baik selepas setiap perlawanan dan menunjukkan prestasi yang menggalakkan meskipun bermain dalam kejohanan antarabangsa mereka, terutama sekali semasa bertemu pasukan Kemboja kelmarin, yang berakhir dengan keputusan seri 2-2.
Pada perlawanan pertama, skuad Futsal Kebangsaan Brunei Darussalam tewas di tangan pasukan tuan rumah Thailand, dengan keputusan 13-0.
Kemudian pada perlawanan kedua, pasukan negara akur dengan ketangkasan pasukan Indonesia apabila tewas dengan jaringan 12-0.
Perlawanan ketiga menentang pasukan Kemboja, perlawanan berlangsung agak sengit, apabila pasukan negara berjaya mengikat perlawanan dengan keputusan seri 2-2.
Walau bagaimanapun, kejohanan yang disertai pada kali ini akan menjadi pengalaman yang berharga buat para pemain untuk terus memperbaiki corak permainan untuk kejohanan di masa yang akan datang.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]