Home > Bahasa Melayu
Tahlil Sempena Hari Ulang Tahun Abdb Ke-61
May 14th, 2022 | 09:28 AM | 665 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-61, hari ini, di sini.
Majlis berkenaan adalah bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim.
Hadir pada majlis tersebut, Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
Turut hadir ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Pertahanan, Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin oleh Pegawai Turus Operasi Agama daripada JAMA'AT, Mejar Abdul Mujib bin Japar.
Majlis yang serupa juga turut diadakan secara serentak di kesemua surau di perkhemahan dan pangkalan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]