Home > Sports
Atlet Karate Negara Pamer Aksi Terbaik
PASUKAN atlet karate Negara Brunei Darussalam semasa beraksi dalam acara Kata di Sukan SEA ke-31, Hanoi, Viet Nam
May 22nd, 2022 | 11:58 AM | 1904 views
HANOI, VIET NAM
Pasukan Atlet Karate acara Kata Wanita Negara Brunei Darussalam di Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Ke-31, Hanoi, Viet Nam 2021 menunjukkan persembahan yang memuaskan dan mampu bersaing dengan sangat baik sekali dengan memberikan saingan mata yang tidak jauh dari pasukan-pasukan lawan.
Pasukan ini mara ke peringkat separuh akhir, bagi mencari pingat gangsa dengan jenis bunga Kata Annan dan persembahan tersebut adalah setanding dengan Viet Nam, Indonesia dan Filipina yang juga membuat persembahan jenis bunga Kata yang sama.
Ketiga-tiga atlet wanita tidak berjaya dalam saingan pingat gangsa sungguhpun mempamerkan persembahan yang sangat baik.
Begitu juga dengan atlet lelaki yang turut memberikan persembahan yang terbaik bagi acara Kumite, namun belum mencukupi untuk meraih sebarang pingat pada Sukan SEA kali ini.
Negara Brunei Darussalam setakat ini meraih tiga pingat, iaitu satu pingat emas bagi sukan Wushu, satu pingat perak dan satu pingat gangsa, masing-masing bagi sukan Pencak Silat.
Sementara itu, e-Sukan pada hari ini memasuki hari kedua perlawanan dan perlawanan kelihatan begitu sengit sekali, di mana setakat ini dua pasukan kontinjen negara berada di tangga 20 teratas.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]