Home > Bahasa Melayu
Tingkatkan Keupayaan, Ketangkasan Anggota Bomba
June 23rd, 2022 | 12:21 PM | 508 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Cawangan Operasi 'D', Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) mengadakan Latihan Kebakaran, di kawasan Kampung Burung Pingai Ayer, kelmarin.
Seramai sembilan anggota JBP dari Balai Bomba Sungai Kebun, diketuai oleh DSO Awang Haji Othman bin Matusoff menyertai latihan tersebut.
Objektif latihan adalah sebagai satu usaha mempertingkatkan keupayaan serta ketangkasan anggota bomba amnya di Cawangan Operasi 'D', khususnya dalam operasi memadamkan kebakaran, seterusnya menguji perkakas-perkakas bomba, seperti pam 'portable' serta pili-pili bomba di kawasan tersebut juga diperiksa untuk memastikan dalam keadaan baik dan dapat digunakan, terutama sekali semasa dalam kecemasan.
Latihan disaksikan oleh Pemerintah Cawangan Operasi 'D', Penguasa Kanan, Awang Muhd. Shahreeni bin Haji Muhd. Yussof dan Timbalan Pemerintah, Penguasa Bomba Awang Mohamad Sophian bin Haji Mohd. Yusuff.
JBP ada menyediakan program-program keselamatan, seperti Taklimat Mencegah Kebakaran, Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshall bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan Alat Pemadam Api.
Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan JBP 995 dan memberikan maklumat tepat.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]