Home > Bahasa Melayu
Kementerian Kesihatan Terima Sumbangan Ujian PCR Monkeypox Virus
June 23rd, 2022 | 12:42 PM | 471 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Kementerian Kesihatan menerima sumbangan Ujian PCR bagi jangkitan Monkeypox Virus daripada Borneo Genomics Innovation (BGI Brunei) Sdn. Bhd.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Makmal Molekular, Dr. Haji Osmali bin Haji Osman selaku wakil pihak BGI Brunei kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Makmal, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Dr. Hajah Surita binti Haji Mohd. Taib.
Sumbangan berkenaan bertujuan melengkapkan Jabatan Perkhidmatan Makmal dengan Ujian PCR, yang membolehkan jabatan berkenaan membuat sebarang ujian yang disyaki jangkitan Monkeypox Virus.
Ujian ini menggunakan kaedah teknologi PCR dan hanya boleh dijalankan di makmal yang mempunyai kemudahan tersebut, seperti yang terdapat di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan.
Sumbangan merupakan 2 kit - Monkeypox Virus Nucleic Acid Detection Kit (Fluorescent PCR) berjenama BGI, yang mempunyai kapasiti untuk 100 ujian.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]