FacebookInstagramTwitterContact

 

Miscellaneous Offences Act 2021           >>           Designs of 'Baju Melayu' Studs           >>           Spectrum Unveil 2024 Exhibition           >>           'People Call Me A Monster For Dyeing My Dog Pink - I Want Him To Match My Outfit'           >>           Number of New Converts Increase           >>           Mum's Horror As Group Text Invite For Daughter's 1st Birthday Party Goes Terribly Wrong           >>           Kid Cudi Engaged To Lola Abecassis Sartore           >>           Orlando Bloom Reveals Whether Kids Flynn And Daisy Inherited His Taste For Adventure           >>           This hopping robot with flailing legs could explore asteroids in the future           >>           GPT-4 performed close to the level of expert doctors in eye assessments           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


ETC Jadikan Tenaga Bersih, Mampan Sebagai Pilihan Paling Berpatutan


SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin POKPDSS Haji Zakaria hadir selaku tetamu kehormat.

 


 June 24th, 2022  |  18:17 PM  |   212 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Hari kedua untuk Minggu Tindakan Iklim dengan kerjasama Kementerian Pembangunan sebagai rakan rasmi Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 - Brunei MYCE 2022) sesi petang diteruskan dengan dua seminar tematik, yang memfokuskan kepada 'Clean Energy' dan 'Nature-Based Solutions'.

 

Seminar diadakan di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (International Convention Centre - ICC), Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

 

Sesi seminar ketiga, bertajuk 'Clean Energy' menampilkan Penolong Profesor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr. Rosnah Abdullah sebagai moderator bagi perbincangan tersebut.

 

Turut hadir untuk memberikan ceramah bagi sesi perbincangan tersebut, Ketua Sustainable Energy Division, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Dayang Noor Dina Zharina binti Haji Yahya; Ketua Energy Transition, Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), Dayang Shirley Sikun; Pengarah Centre for Innovative Engineering, Universiti Teknologi Brunei, Awang Nawaf Hazim Saeid; dan Ketua Strategy and Portfolio, Brunei LNG Sdn. Bhd. (BLNG), Awang Md. Fadhlullah Omarali.

 

Sesi seminar tersebut menyentuh mengenai kebimbangan yang dibangkitkan oleh Laporan Panel di antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (2018), di mana aktiviti manusia menyebabkan suhu global meningkat kira-kira 1°C.

 

Mengikut perkembangan semasa, kemungkinan besar pemanasan global akan mencapai hingga 2°C, di antara tahun 2030 dan 2051 (Ringkasan Teknikal IPCC, 2021).

 

Pelepasan karbon dioksida secara global, iaitu hasil daripada pembakaran bahan api fosil menyumbang dengan ketara sekali ke arah pemanasan ini.

 

Hasilnya, Majlis Peralihan Tenaga (Energy Transition Council - ETC) yang diperkenalkan semasa acara COP26, bertujuan untuk menjadikan Tenaga Bersih dan mampan sebagai pilihan yang paling berpatutan dan boleh dipercayai, untuk mempercepatkan peralihan Tenaga Bersih - beralih dari arang batu dan bahan api fosil lain untuk negara-negara bercita-cita tinggi.

 

Sesi juga membincangkan tentang usaha Brunei baru-baru ini untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan langkah-langkah yang perlu diambil daripada komuniti serta agensi kerajaan yang bergerak ke hadapan.

 

Sesi seminar yang terakhir pada hari kedua untuk Minggu Tindakan Iklim, menampilkan Associate Professor UBD, Profesor Johan Willem Frederik Slik sebagai moderator bagi perbincangan mengenai 'Nature-Based Solutions'.

 

Turut hadir untuk memberikan ceramah bagi sesi perbincangan tersebut, Principal Environmental Consultant, DHI Water & Environment Singapore, Dayang Dr. Siti Maryam Yaakub; Pengarah Perhutanan, Jabatan Perhutanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dayang Noralinda binti Haji Ibrahim; dan Assistant Professor, Faculty of Science, UBD, Dr. Daniele Cicuzza.

 

Sesi seminar tersebut menekankan bagaimana Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (The International Union for Conservation of Nature - IUCN) mentakrifkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi sebagai tindakan untuk melindungi, mengurus serta memulihkan ekosistem semula jadi dan diubah suai secara mampan dengan cara menangani cabaran masyarakat secara berkesan serta adaptif, memberi manfaat pada kesejahteraan manusia dan biodiversiti.

 

Untuk menjejaki matlamat Perjanjian Paris, iaitu 1.5°C, penyelesaian berasaskan alam, menyediakan mekanisme berasaskan darat terbaik dari segi sinki dan takungan karbon semula jadi juga mengurangkan kesan perubahan iklim terhadap ekosistem pantai dan marin.

 

Sesi merangkumi pilihan penyelesaian berasaskan alam semula jadi di Brunei dan bagaimana ia boleh menjadi penyumbang utama, dalam mengurangkan kesan perubahan iklim pada Brunei.

 

Acara hari kedua diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Sydney Church Stabbing: Australian Bishop Forgives Alleged Attacker

 2024-04-19 00:07:49

Google Sacks Staff Protesting Over Israeli Contract

 2024-04-19 00:33:16