FacebookInstagramTwitterContact

 

Mayo Clinic Study Reveals Disturbing Impact Of Puberty Blockers On Testicular Development           >>           Why Freeze-Drying Is The Best Food Preservation Method           >>           10 Compelling Reasons To Steer Clear Of Gluten           >>           Only One Royal Has Ever Run The London Marathon           >>           Man Glassed In The Face After Telling Woman She Looked Like She Was 43           >>           You Have To See Travis Kelce's Reaction To Kardashian-Jenner Family Comparison           >>           Buried In The Cat's Paw Nebula Lies One Of The Largest Space Molecules Ever Seen           >>           Apple is launching new iPads May 7: Here's what to expect from the 'Let Loose' event           >>           FCC votes to restore net neutrality protections           >>           WhatsApp is enabling passkey support on iOS           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


BNCCP Strategi Mitigasi Utama NBD


YANG Mulia Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri hadir selaku tetamu kehormat.

 


 June 24th, 2022  |  18:28 PM  |   164 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei 2022 (Brunei Mid-Year Conference and Exhibition 2022 - Brunei MYCE 2022) diteruskan dengan hari kedua untuk Minggu Tindakan Iklim dengan kerjasama Urusetia Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam (NBD) di Kementerian Pembangunan sebagai rakan rasmi Brunei MYCE 2022, bertempat di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (International Convention Centre - ICC), Berakas.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi pagi, Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Matsatejo bin Sokiaw.

 

Semasa acara tersebut, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dalam ucapan alu-aluannya berkata, Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim NBD (Brunei Darussalam National Climate Change Policy - BNCCP) merupakan strategi mitigasi utama bagi NBD kerana ia mengambil langkah ke arah penyahkarbonan (decarbonisation) dan pengurangan pelepasan, iaitu strategi untuk Pelepasan Perindustrian (Industrial Emissions); Liputan Perhutanan (Forest Cover); Kenderaan Elektrik (Electric Vehicles - EV); Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy); serta Tenaga dan Pengurusan Sisa (Power and Waste Management).

 

Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan yang juga selaku Pengerusi Bersama Ahli Jawatankuasa Kerja bagi Brunei MYCE 2022 untuk Minggu Tindakan Iklim, seterusnya menyatakan, pelaksanaan strategi-strategi tersebut dengan jayanya akan menghasilkan pengurangan terkumpul sebanyak 15.5 peratus daripada pelepasan dari Tahap-tahap Perniagaan seperti Biasa (Business as Usual Levels).

 

Menurutnya, beberapa pencapaian tersebut, termasuk pengurangan 8.94 MTCO2e pelepasan industri pada tahun 2021; penanaman lebih daripada 50,000 pokok setakat ini, sebagai sebahagian daripada usaha penghutanan semula dan penanaman semula hutan-hutan di negara ini; dan pemasangan 3.3MW solar berskala besar, yang ditunjukkan melalui Pembukaan Loji Solar Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. (BSP), yang mengimbangi penggunaan elektrik Ibu Pejabat BSP, di Seria.

 

Tambahnya lagi, mereka juga sedang giat berusaha ke arah penggunaan solar berskala kecil di kediaman dan bangunan persendirian untuk menyokong Department of Energy's Net-Metering Program.

 

 Pada tahun 2021, jelasnya, NBD melancarkan program perintis EV untuk mengkaji dan mengenal pasti persepsi serta respons orang ramai terhadap EV sebagai peralihan ke arah kenderaan yang dikuasakan oleh tenaga alternatif serta menilai kebolehpasaran dan kesediaan bakal pengguna, di negara ini.

 

Terangnya lagi, ia juga bertujuan untuk menilai keperluan dan infrastruktur berkaitan EV dan alternatif lain yang akan dilaksanakan menjelang 2035, serta hingga kini, hampir 20 kereta EV dijual di NBD.

 

 Satu 'task force' juga, ujarnya, ditubuhkan untuk merangka dan mewujudkan pilihan yang boleh dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan Harga Karbon di Brunei, di mana objektif strategi ini adalah untuk memperkenalkan harga karbon yang terpakai kepada semua kemudahan perindustrian dan utiliti kuasa yang memancarkan melebihi had ambang pelepasan karbon menjelang 2025.

 

''Walaupun kami telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti yang ditetapkan oleh Strategi BNCCP, berbanding rancangan, kami masih mempunyai perjalanan yang jauh walaupun 2035 merupakan tahun sasaran umum untuk penggunaan strategi tersebut. Pembangunan dasar, infrastruktur baharu untuk menyokong inisiatif dan peningkatan kemahiran keupayaan tempatan adalah beberapa jurang yang perlu ditangani agar kami mencapai cita-cita kami.

 

''Ini memberikan kami peluang dan platform yang hebat untuk mengenal pasti penyelesaian kreatif bersama-sama dan untuk mewujudkan perkongsian strategik merentas sektor awam dan swasta untuk mempercepatkan usaha penyahkarbonan (decarbonisation) kami dan memainkan peranan kami dalam menangani kesan perubahan iklim,'' jelasnya lagi.

 

 Di hari kedua, Minggu Tindakan Iklim itu, beberapa kertas kerja turut dibentangkan, termasuk pembentangan dua ucap tama, disampaikan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Alam Sekitar Global, Jepun (Vice-Minister for Global Environmental Affairs, Japan), Kementerian Alam Sekitar, Tuan Yang Terutama Yutaka Shoda; dan Pengurus Pusat ASEAN bagi Tenaga, Urusetia ASEAN, Dr. Beni Suryadi.

 

Sejumlah dua seminar tematik disusun pada sesi pagi, memfokuskan pada 'Carbon Market', yang menampilkan Profesor Madya Dr. Abby Tan Chee Hong dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) selaku moderator; Pengarah Urusan BSP, Agnete Johnsgaard-Lewis; Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG Sdn. Bhd. (BLNG), Dayang Hajah Farida Dato Seri Paduka Haji Talib; dan Pensyarah UBD, Dr. Lutfi Abdul Razak.

 

Sementara itu, sesi seminar kedua, bertajuk 'Electric Vehicles' pula menampilkan Ketua Unit Dasar Sosial dan Awam, Pusat Kajian Strategik dan Dasar (Centre for Strategic and Policy Studies - CSPS), Dr. Azrinah binti Haji Abdul Rahman selaku moderator; Pemangku Timbalan Setiausaha, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Awang Haji Mohd. Salihin bin Haji Aspar; Pengurus 'Technical dan Warranty', Boustead Sdn. Bhd., Brunei Automobile Traders Association (BATA), Tuan Ho Wei Kong; Dr. Supry bin Haji Ladi dari BATA; dan Ketua Bahagian 'Support Service', Berakas Power Company Sdn. Bhd. (BPC), Awang Haji Suharafadzil Haji Yusop.

 

Acara hari kedua diakhiri dengan penyampaian sijil dan sesi bergambar ramai.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

Searing Heat Shuts Schools For 33 Million Children

 2024-04-26 01:35:07

US Economic Growth Slows But Inflation Grows

 2024-04-26 07:36:54