FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Ops Tumpas JIPK Terus Pantau Pesalah Imigresen


 


 June 26th, 2022  |  15:15 PM  |   215 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Bandar Seri Begawan, baru-baru ini, menjalankan Operasi (Ops) Tumpas JIPK 44/2022, yang menyasarkan sebuah kedai makan di kawasan Mukim Sengkurong.

 

Sewaktu pemeriksaan dijalankan di lokasi berkenaan, pihak Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK memeriksa enam warganegara asing.

 

Hasil daripada pemeriksaan tersebut kesemua yang diperiksa telah diarahkan untuk melaporkan diri ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang JIPK untuk disiasat lanjut.

 

Sementara itu, satu lagi Operasi Tumpas JIPK 47/2022 dijalankan, yang menyasarkan rumah-rumah dan bilik-bilik sewa di Mukim Sengkurong dan Mukim Gadong 'A'.

 

Sewaktu pemeriksaan dijalankan di lokasi sasaran seramai 19 Pegawai-pegawai bahagian  Penguatkuasa Undang-Undang JIPK telah menjalankan pemeriksaan di beberapa buah rumah-rumah dan bilik-bilik sewa di dua buah mukim di Daerah Brunei Muara.

 

Hasil daripada operasi yang dibuat ke atas warganegara asing tersebut, seramai dua lelaki warganegara asing telah diarahkan melaporkan diri ke Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang JIPK.

 

Manakala sembilan orang ditahan atas beberapa kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa setelah Pas Imigresennya mansuh, memberi perlindungan kepada pesalah imigresen, pekerja lari daripada majikan dan bekerja tidak mengikut apa yang tercatat di dalam Pas Kerjanya.

 

Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, JIPK akan terus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini, dengan melaksanakan secara berterusan pemantauan, operasi dan pemeriksaan, berpandukan pada maklumat yang ada, sama ada secara bersendirian atau bersama agensi penguatkuasaan yang lain.

 

Ke arah aktiviti penguatkuasaan tersebut, pihak jabatan mengalu-alukan orang ramai, bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung pesalah imigresen.

 

Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya, dengan menghubungi melalui Talian Hotline JIPK, menerusi talian +673 8734888 atau +673 8753888.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10