FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



In The Court


  Home > In The Court


Posmen Mengaku Curi Duit Pejabat


 


 July 8th, 2022  |  09:44 AM  |   936 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Seorang posmen, 35 tahun yang bertugas di Pejabat Pos Salambigar, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Majistret pada 5 Julai 2022 setelah mengaku bersalah atas tuduhan mencuri wang tunai dari cawangan pos.

 

Pada 30 Mei 2022, kira-kira jam 4.15 petang, tertuduh, Pengiran Ermizatul Anwar bin Pengiran Metassan telah membuka Bilik Penolong Penguasa Pos menggunakan sebatang pembaris selepas semua pekerja lain telah pulang.

 

Selepas berjaya masuk, dia menyelongkar laci meja untuk mendapatkan kunci peti yang menyimpan wang. Selepas berjaya menemui kunci peti tersebut, dia pun terus membukanya.

 

Setelah mendapatkan wang tunai tersebut defendan kemudiannya menguncinya kembali dan meletakkan semula kunci di dalam laci meja, mengunci bilik tersebut dan meninggalkan pejabat pos.

 

Pada 1 Jun 2022, kira-kira jam 7.00 pagi, seorang rakan posmen mendapati pintu pagar belakang dan pintu pejabat dibiarkan terbuka. Dia segera menghubungi Penolong Penguasa Pejabat Pos Salambigar, yang kemudiannya telah mengarahkannya untuk tidak memasuki Pejabat Pos tersebut sementara menunggu ketibaannya.

 

Sejurus ketibaan Penolong Penguasa Pos dan memeriksa tempat tersebut, didapati wang tunai milik Kerajaan Negara Brunei Darussalam pada mulanya diletakkan di dalam peti simpanan itu didapati hilang dan laporan polis pun dibuat.

 

Siasatan Polis Berakas membawa kepada penahanan tertuduh. Semasa siasatan polis, tertuduh mengakui bahawa dia mempunyai niat untuk melakukan curi dari peti keselamatan di dalam bilik kebal tersebut pada 30 Mei 2022.

 

Tertuduh menyedari sepenuhnya bahawa wang tersebut adalah milik kerajaan yang berada di dalam simpanan pejabat pos tersebut, tetapi masih meneruskan untuk mengambilnya.

 

Tertuduh juga mengakui telah mencuri wang tunai dari peti keselamatan tersebut pada tiga kesempatan sebelumnya dengan menggunakan teknik yang sama.

 

Setelah Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni berpuas hati dengan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah telah mensabitkan tertuduh, walau bagaimanapun penjatuhan hukuman akan didengarkan pada 27 Julai 2022.

 

Pendakwaan kes ini dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10