FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Headline


  Home > Headline


Berjaya Mara Ke Perlawanan Akhir


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan

 


 July 13th, 2022  |  11:02 AM  |   384 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Terbuka Badminton Aewon 2021 bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-75 bagi Tahun 2021 yang berlangsung di Dewan Pusat Belia, di ibu negara.

 

Juga berkenan menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim.

 

Juga berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berserta kerabat diraja yang lain.

 

Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; dan Yang Di-Pertua Persatuan Badminton Kebangsaan Brunei Darussalam (PBKBD), Pengiran Haji Hamzah bin Pengiran Haji Mohammad; serta ahli-ahli jawatankuasa kejohanan berkenaan.

 

 Pada perlawanan pusingan suku akhir Kategori Beregu Lelaki (Bawah 14 Tahun), Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Dessen Chung Min Tin berjaya menewaskan pasangan Md Mirza Afif Syahmi dan Md Syarifuddin Ermadena, dengan straight set 21-11, 21-9.

 

Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Dessen Chung Min Tin akan bertemu dengan pasangan Md Talipuddin Ermadena dan Mohd Haziq Rozie di perlawanan akhir Kategori Beregu Lelaki (Bawah 14 Tahun) pada Rabu, 13 Julai 2022 di tempat yang sama.

 

Kejohanan anjuran PBKBD dengan kerjasama Aewon Brunei itu menerima seramai 250 penyertaan dan disertai seramai 378 pemain.

 

 Sebanyak lapan kategori dipertandingkan pada kejohanan kali ini iaitu Kategori Beregu Lelaki Terbuka 'A'; Beregu Lelaki Terbuka 'B'; Beregu Veteran Lelaki Terbuka; Beregu Campuran Terbuka; Perseorangan Lelaki Terbuka; Beregu Wanita Terbuka; Beregu Lelaki (Bawah 14 Tahun); dan Perseorangan Lelaki (Bawah 14 Tahun).

 

Kejohanan tersebut turut disokong oleh KKBS dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10