Home > Sports
MS ABDB Tewaskan Almeraz FC, 3-2
August 3rd, 2022 | 09:34 AM |
868 views
BANDAR SERI BEGAWAN
Almeraz FC tewas kepada MS ABDB dengan kiraan 2 - 3 pada aksi Perlawanan Akhir Pertama Piala Futsal Brunei 2022 yang berlangsung di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison, di sini.
Pada awalnya, Almeraz FC berjaya menjaringkan gol pertama mereka pada minit ke-7 hasil tendangan Md. Izzan Syahiran.
MS ABDB kemudian berjaya menembusi gawang pasukan lawan dan berjaya menjaringkan gol pertama mereka hasil sepakan Mohammad Safari pada minit ke-20.
Pada pusingan seterusnya, MS ABDB terus berusaha menembusi gawang lawan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-25 melalui tendangan Muhammad Izzan.
Selang seminit kemudian, Mohammad Norfauzee dari MS ABDB menghasilkan gol ketiga pada minit ke-26.
Almeraz FC tidak mengalah dan menjaringkan gol kedua menerusi sepakan Awangku Muhd Amirul Haziq pada minit ke-31.
Sementara itu, Perlawanan Akhir Kedua akan berlangsung pada Jumaat, 5 Ogos 2022, jam 8.15 malam, bertempat di Dewan Gerak Badan, Bolkiah Garison bagi menentukan siapa yang bakal menjulang Piala Futsal Brunei 2022.
Source:
Ihsan PELITA BRUNEI
by PELITA BRUNEI
If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]