FacebookInstagramTwitterContact

 

Gotham FC Signs Germany Goalkeeper Ann-Katrin Berger From Chelsea           >>           Vitesse Docked 18 Points, Relegated Amid Probe Of Abramovich Ties           >>           12 Health Benefits Of Drinking Elderberry Tea           >>           Blueberries Found To Reduce CVD Risk By Up To 20 Percent           >>           Natural Treatment For Rheumatoid Arthritis: Research Shows Yoga Can Relieve Physical And Psychological Symptoms           >>           The Sweetest-Smelling City In The World Might Surprise You           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           Inside Caitlin Clark And Connor Mccaffery's Winning Romance           >>           You Can Watch Taylor Swift And Post Malone’s “Fortnight” Music Video With A Broken Heart           >>           BIBD Awareness Campaign           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


Syn4rgy, OneStock Co. penerima BCIC ke-4


 


 August 6th, 2022  |  10:12 AM  |   238 views

BANDAR SERI BEGAWAN

 

Ansuran keempat Cabaran Pelaburan Modal Baiduri (BCIC) diakhiri dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri, Jalan Gadong, petang tadi.

 

Dua buah pasukan dari edisi BCIC kali ini melebihi jangkaan mereka sendiri dan memperolehi keuntungan pada akhir cabaran dengan pasukan Syn4rgy memperolehi keuntungan sebanyak BND 3,808.38.

 

Manakala, pasukan OneStock Co. berjaya mengatasi cabaran dengan memperolehi keuntungan sebanyak BND 1,632.80.

 

BCIC merupakan inisiatif yang dijalankan oleh Baiduri Capital sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memupuk dan meningkatkan kesedaran mengenai pelaburan, perkhidmatan pasaran modal dan sekuriti perdagangan serta menyokong matlamat BDCB untuk meningkatkan celik pelaburan dalam kalangan orang awam.

 

Dalam BCIC, setiap daripada sembilan pasukan yang mengambil bahagian diperuntukkan sebanyak BND5,000 sebagai modal permulaan untuk melabur dalam mana-mana sekuriti yang disenaraikan di tujuh bursa saham di Singapura, Malaysia, Hong Kong, China dan Amerika Syarikat.

 

Sebarang keuntungan yang diperolehi oleh pasukan dalam cabaran pelaburan tersebut akan disimpan oleh mereka.

 

Sepanjang perjalanan pelaburan mereka, peserta juga diberikan akses terus kepada peniaga berlesen yang bertindak sebagai mentor mereka dan membimbing mereka dalam pasaran semasa.

 

BCIC bermula pada Januari tahun lalu dan berakhir secara rasmi pada Julai 2021.

 

Apa yang membezakan edisi cabaran kali ini daripada cabaran sebelumnya ialah seramai 40 orang peserta terdiri daripada alumni institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, yang pertama dalam empat tahun BCIC telah diadakan.

 

Pasukan tersebut terdiri daripada gabungan peserta yang pelbagai dengan pelbagai tahap pengalaman pelaburan termasuk alumni Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Perniagaan Laksamana (LCB) serta dari University of Bath dan University of Birmingham di UK.

 

"Sejak awal, matlamat BCIC adalah untuk memupuk kesedaran dan menjana minat dalam pelaburan kewangan dan pasaran modal.

 

"Edisi cabaran ini sememangnya berbeza kerana kami mempunyai graduan dari institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa, yang sudah mempunyai pengalaman peribadi terdahulu dengan pelaburan," jelas Pengurus Jualan dan Pelaburan Baiduri Capital, Yeo Kun Yu, selaku Setiausaha Cabaran Pelaburan dan salah seorang mentor bagi para peserta.

 

Apa yang mereka pelajari daripada cabaran terangnya lagi, adalah pengajaran berharga yang turut diterapkan oleh pelabur berpengalaman dalam menyelidik dan mencipta pelan pelaburan yang lengkap berdasarkan matlamat dan strategi pasukan mereka sendiri.

 

Menurutnya lagi, ini membolehkan mereka merasakan apa yang dilalui oleh pelabur kami sebelum membuat keputusan. Sepanjang perjalanan, mereka mungkin menghadapi keadaan yang tidak dijangka, tetapi apa yang penting ialah mereka tidak berputus asa dan sebaliknya menyesuaikan diri dengan sewajarnya, sama seperti reaksi pelabur berpengalaman.

 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Baiduri Capital merupakan anak syarikat milik Bank Baiduri sepenuhnya, yang mengkhususkan dalam sekuriti perdagangan dan produk pelaburan.

 

Melalui portal sekuriti dagangan dalam talian berasaskan laman sesawang yang selamat, yang pertama di negara ini, para pelanggan boleh berdagang di SGX (Singapura), HKEx (Hong Kong), China A-Share, Bursa Malaysia, Bursa Saham New York (NYSE), NASDAQ Pasaran Saham serta NYSE MKT LLC (AMEX).

 

Selain daripada perdagangan sekuriti, Baiduri Capital juga menawarkan Pelan Amanah Saham, ETF, Bon dan Insurans Hayat Berkaitan Pelaburan.

 

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan perkhidmatan Baiduri Capital, sila e-mel ke '[email protected]'.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

In Pictures: India Votes In World's Biggest Election

 2024-04-20 00:10:59

Post Office Lawyer 'Missed' Key Horizon Finding

 2024-04-20 01:27:17