FacebookInstagramTwitterContact

 

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government           >>           Ben-Gvir, Israeli Far-Right Minister, In Car Accident           >>           Pentagon To 'Rush' Patriot Missiles To Ukraine In $6bn Package           >>           Major Gaza Protests At US Universities           >>           Burkina Faso Suspends BBC Over HRW Report On Alleged Mass Killings           >>           AIPA-FAO-IISD Joint Workshop           >>           Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator           >>           ISO 9001:2015 Certificate Award           >>           Why Green Steam Is A Hot Issue For Business           >>           Use a Plot of Land for Planting           >>          

 

SHARE THIS ARTICLE




REACH US


GENERAL INQUIRY

[email protected]

 

ADVERTISING

[email protected]

 

PRESS RELEASE

[email protected]

 

HOTLINE

+673 222-0178 [Office Hour]

+673 223-6740 [Fax]

 



Upcoming Events





Prayer Times


The prayer times for Brunei-Muara and Temburong districts. For Tutong add 1 minute and for Belait add 3 minutes.


Imsak

: 05:01 AM

Subuh

: 05:11 AM

Syuruk

: 06:29 AM

Doha

: 06:51 AM

Zohor

: 12:32 PM

Asar

: 03:44 PM

Maghrib

: 06:32 PM

Isyak

: 07:42 PM

 



The Business Directory


 

 



Bahasa Melayu


  Home > Bahasa Melayu


RB Raikan Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah


 


 August 6th, 2022  |  10:16 AM  |   273 views

BERAKAS

 

Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun 1444 Hijrah anjuran Jawatankuasa Kebajikan dan Keagamaan RB, yang berlangsung di Surau Kampus RB, Jalan Terunjing Lama, di sini.

 

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Abdul Hamid.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ketua Pegawai Operasi RB yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan RB, Haji Badarudin bin Haji Bagol.

 

Majlis juga diserikan dengan tazkirah bertajuk 'Hijrah Dalam Membentuk Sahsiah Diri Di Dalam Pekerjaan' yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Abdul Rahman bin Haji Ajak.

 

Dalam tazkirahnya, beliau antara lain menceritakan mengenai makna hijrah, iaitu peristiwa agung dalam sejarah Islam di mana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berpindah dari kota Mekah ke Madinah bersama para sahabat Baginda.

 

Menurutnya lagi, hijrah Rasulullah bukan semata-mata hanya berpindah dari suatu tempat ke tempat yang lain, tetapi merupakan pengorbanan Baginda dalam mengembangkan penyebaran agama Islam.

 

Acara berkenaan juga diselajurkan dengan meraikan kepulangan jemaah haji pada tahun ini yang terdiri daripada para kakitangan RB, dengan bacaan Zikir dan Doa Selamat.

 

Turut hadir pada majlis tersebut ialah kakitangan dan pihak pengurusan RB.

 


 

Source:
Ihsan PELITA BRUNEI

by PELITA BRUNEI

 

If you have any stories or news that you would like to share with the global online community, please feel free to share it with us by contacting us directly at [email protected]

 

Related News


Lahad Datu Murder: Remand Of 13 Students Extende

 2024-03-30 07:57:54

South Korea: World Scout Jamboree Disaster Blamed On Government

 2024-04-27 02:37:15

Tesla Autopilot Recall To Be Probed By US Regulator

 2024-04-27 01:55:10